kwsppengeluaran

INFO: Kemudahan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon kerajaan untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk membantu rakyat dikala krisis ekonomi ketika ini.

Dan hari ini, semasa pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua pemegang akaun KWSP dimana mereka kini boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

[adssulvo1]

Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan dengan anggaran membabitkan RM4 bilion menerusi pembentangan Belanjawan 2021 petang tadi.

Dan dengan kemudahan ini, ianya dijangka dapat meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas selain membantu mereka yang kehilangan pekerjaan ketika ini.

pengeluaran duit kwsp akaun 1

[adssulvo2]

Kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Tarikh Permohonan

Kepada ahli yang layak, anda boleh membuat permohonan pengeluaran ini bermula Januari 2021.

[adstextapply]

Semoga dengan pengumuman baik daripada kerajaan ini, ianya dapat membantu rakyat Malaysia dapat meneruskan hidup dan sentiasalah berjimat.


Comments

3 responses to “INFO: Kemudahan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan”

  1. Keta sy rosak 2bulan lalau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *