Permohonan Bantuan COVID-19 Majlis Agama MAIK

Berita baik untuk mereka yang terjejas akibat dari virus COVID-19 ini dimana Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ingin memberi bantuan kepada golongan ini terutama mereka yang daripada golongan asnaf melalui program yang diberi nama Program Prihatin MAIK.

Senarai Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19

Dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, MAIK telah memberikan beberapa jenis bantuan kepada rakyat Kelantan disaat getir COVID-19 ini kepada mereka yang memerlukan seperti:

[adspostresponsive]

1. Dengan kerjasama kerajaan Kelantan sendiri, MAIK telah memberikan makanan asas yang bernilai RM100 kepada keluarga di Kelantan.

2. Sebanyak RM602 ribu telah diperuntukkan kepada masjid (mengikut bandar, jajahan dan mukim) yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada keluarga asnaf.

3. Sumbangan makanan pagi, tengahari dan malam untuk ‘frontliner’ di HRPZ II Kota Bharu.

4. Bayaran gaji penuh kepada semua pekerja sambilan MAIK yang sebelum ini menerima gaji harian.

5. Bayaran penuh elaun bulan Mac kepada para mualaf orang asli dan guru agama MAIK.

6. Bantuan bulanan (bulan Mac) golongan asnaf telahpun diberikan kepada 9015 penerima.

Baca juga: Cara Membuat Aduan Buruh Akibat Dibuang Kerja COVID-19

Cara Memohon Bantuan COVID-19 MAIK

Untuk rakyat Kelantan yang layak – golongan asnaf atau sesiapa sahaja yang tidak berkecukupan ketika proses PKP ini, anda amatlah digalakkan untuk memohon terus Permohonan Program MAIK ini.

Cara memohon adalah anda boleh membuat panggilan terus di talian hotline MAIK dibawah ini:

[adspostresponsive]

Hotline MAIK: 09-7443660 / 09-7481512
Masa Operasi: Ahad – Khamis [9 pagi – 12 tghari]

Atau anda juga boleh membuat aduan kepada MAIK secara online di website rasmi http://www.e-maik.my.

Sekiranya terdapat sebarang masalahboleh tinggalkan komen dibawah ini.

[adstextapply]


Comments

13 responses to “Permohonan Bantuan COVID-19 Majlis Agama MAIK”

  1. Ada lagi tak kerja kosong polis bantuan

  2. sy punya bantuan prihatin maik knp xlulus ..dlm permohonan dh dkt 3mggu

  3. Bilakah bayaran akan dibuat,sy dh lulus permohonan dh satu bulan lebih ni.pkp pun dh aman

  4. Mohd Nasir bin Had Avatar
    Mohd Nasir bin Had

    Tolonglah wahai saudara ku seislam.toloooonggglah.

  5. Muhammad hafiz Avatar
    Muhammad hafiz

    Saya nk mohon untuk ibu bapa saya

  6. 3459 846331You seem to be very professional in the way you write.::~ 615122

  7. Saya bekerja sendiri di Pasar Tani. Skrg ni saya kehilangan pendapatan.MKN tidak membenarkan pembukaan P/Tani.Saya tidak dpt menghantar wang bulanan untuk sewa rumah dan belanja anak sebanyak RM 500 sebulan.Pengajian nya ada 1 tahun 1/2 lagi. Semoga mendapat perhatian dari pihak tuan. T/kasih.

  8. Nur asma izzati binti Mohd sidik Avatar
    Nur asma izzati binti Mohd sidik

    Keperluan anak-anak
    Bekalan makanan

  9. Sulsila bt haji harun Avatar
    Sulsila bt haji harun

    Asslamualaikum..saya ada mohon bantuan untuk mak saya yang terlantar…. Kakitangan maik ada datang..tengok keadaan mak saya.. Tapi sampai sekarang tidak ada jawapan… Kalu buleh.. Saya minta sangat la.. Pihak maik lulus kan bantuan saya.. Buleh meringan kan bebanan saya yang bekerja sendiri

  10. Mohd hairi bin mat said @ muhammad Avatar
    Mohd hairi bin mat said @ muhammad

    Mintak jasa baik tuan puan mohon batuan sy ada ditempat org kerja kadang2 ada kadang2 xdak

  11. Zulkifli bin MATLIDIN Avatar
    Zulkifli bin MATLIDIN

    Dah setahun x dapat nk kerja tapi motosikal nak kena bayar tiap-tiap bulan….

  12. sepatutnya semua borang apa apa bantuan boleh di isi melalui online ataupon boleh di download melalui online,baru senang n memudahkan.ni tidak kena ampik pi pejabat maik la,apa la..sekarang cuba elak face to face kan dalam musim kovid ni….xfikir ke apa erk

  13. Norlela binti A Rahman Avatar
    Norlela binti A Rahman

    Saya dah hantar permohonan bantuan Covid tp x de jawapan lg .call pun x jawab.camana sy nk tau ianya sudah lulus? Sbb mmg terjejas pendapatan .

Leave a Reply to Norlela binti A Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *