Berita baik buat untuk pelajar sekolah dari keluarga B40 dimana anda boleh memohon bantuan smartphone atau telefon pintar percuma B40 dengan data internet 120GB secara percuma.
Permohonan Bantuan Smartphone Percuma B40
YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah melancarkan Bantuan Smartphone Percuma B40 untuk membantu pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang tidak memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran dari rumah.
Kemaskini: Kini golongan B40 boleh menebus Bantuan Jaringan Prihatin Telefon Pintar RM300 sehingga 31 Julai 2021.
Bantuan ini merupakan sebiji telefon pintar percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan).
[adssulvo1]
Guru-guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan terutamanya daripada golongan B40.
Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar ini secara sendiri.
Antara maklumat yang diperlukan adalah:
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)*
* Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
Cara Memohon Bantuan Telefon Pintar Pelajar Secara Online
Untuk permohonan secara online, pemohon hanya perlu mendaftarkan nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan tadi di Borang Permohonan Smartphone dibawah:
[adssulvo2]
Semakan Status Telefon Pintar
Bagi ibubapa atau guru yang sudah membuat permohonan, anda boleh semak status permohonan anda secara online.
1. Untuk membuat semakan status anda, sila boleh layari https://lcs.yes.my.
2. Masukkan maklumat diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
3. Paparan status akan dipaparkan.
Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk B40 untuk anak-anak.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi:
YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: [email protected]
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388
Carian:
- https://jawatanmalaysia net/permohonan-bantuan-telefon-b40/
- Bantuan telefon percuma 2024
- telifon free
Leave a Reply to Siti zarina binti ramlee Cancel reply