Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Terbuka Jabatan Bomba & Penyelamat 2020

Permohonan Terbuka Jabatan Bomba & Penyelamat 2020

in Jawatan Kerajaan, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor

Permohonan terbuka jawatan Kerajaan Malaysia bagi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia sesi 2020. Sebarang info bagi kerja kosong Bomba terbaru akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Sila bookmark portal Jawatanmalaysia.net ini untuk rujukan masa depan.

Info Permohonan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 2020

logo_bombaBomba Malaysia ditubuhkan pada tahun 1883 dan tugas utama adalah bertanggungjawab memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran. Bagaimanapun tugas-tugas lain adalah seperti khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ingin mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke dan berkelayakan untuk berkhidmat sebagai bomba seperti berikut:

1. Penguasa Bomba KB41
Gaji: RM2094.00 – RM9604.00
40 kekosongan (40 simpanan)
Minima Ijazah
2. Penolong Penguasa Bomba KB29
Gaji: RM1814.00 – RM5700.00
60 kekosongan (90 simpanan)
Minima Diploma

1. Jawatan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia Lelaki & Wanita yang berumur 18 tahun keatas dan berkelayakan.

2. Bekas anggota tentera digalakkan untuk memohon jawatan bomba ini.

3. Ada kenaikan gaji setiap tahun.

💡 Apply juga: Pengambilan Terbuka Tentera Darat 2020

Maklumat Jawatan Kerajaan Bomba

1. Penguasa Bomba KB41

  • Pengambilan untuk 40 kekosongan dan 40 simpanan
  • Gaji minima: RM2,094.00 dan Gaji maksima: RM9,604.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM225.00
  • Syarat kelayakan minima adalah Ijazah Sarjana Muda


 

2. Penolong Penguasa Bomba KB29

  • Pengambilan untuk 60 kekosongan dan 90 simpanan
  • Gaji minima: RM1814.00 dan Gaji maksima: RM5700.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM145.00
  • Syarat kelayakan minima adalah Diploma

Syarat Kelayakan Bomba 2020

Antara syarat kelayakan asas untuk memohon jawatan bomba bantuan ini adalah:

Syarat Kelayakan Bomba Lelaki

  • Anda mestilah berumur 18 tahun keatas.
  • Tinggi minima : 1.57m
  • Berat badan minima : 48kg
  • BMI antara 19 – 26
  • Ukuran dada minima biasa 81smm dan 86sm semasa menarik nafas
  • Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik.
  • Lulus ujian yang ditetapkan Ketua Pengarah dari masa ke semasa.


 

Syarat Kelayakan Bomba Wanita

  • Anda mestilah berumur 18 tahun keatas.
  • Tinggi minima : 1.53m
  • Berat badan minima : 46kg
  • BMI antara 19 – 26
  • Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik.
  • Lulus ujian yang ditetapkan Ketua Pengarah dari masa ke semasa.

Mohon: Temuduga Terbuka Sime Darby 2020

Cara Memohon Jawatan

1. Bagi calon yang berminat untuk memohon Jawatan Kosong Bomba ini, calon hendaklah dibuat secara online melalui SPA dibawah (pilih mana-mana pautan server yang disediakan):


2. Sila buat permohonan sebelum atau pada 6 Julai 2020 jam 11.59 malam.

 
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah ini ⬇ .

 

🔔 Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Julai 2020


 

✔️ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak di portal rasmi SPA. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.

{ 20 comments… read them below or add one }

Anonymous July 1, 2020 at 10:20 am

Rasa mcm tak adil. Spm takkan tak ada?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 1, 2020 at 8:31 pm

buat masa ini utk spm belum dibuka

Reply

nurin July 1, 2020 at 3:18 pm

tk boleh pun nak mohon

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 1, 2020 at 8:30 pm

line spa problem tu

Reply

nasuha July 1, 2020 at 3:18 pm

salam, nak tanya… sya dh tekan pda permohonan tp tak dapat buka… mcm mna ya???

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 1, 2020 at 8:30 pm

line spa tgh ‘hang’ tu…ramai sangat nak apply bomba

Reply

Eddy July 1, 2020 at 11:39 pm

Kalau boleh bukakan jawatan untuk pelaksana kerana geraknya sesuatu badan disebabkan pelaksana,selain itu pekerja akan menjadi berkualiti dalam bidang tersebut,Jika dibandingkan yang berpelajaran tinggi dan mungkin tiada pengalaman,utamakan yang spm,sekian

Reply

MUHAMMAD SAHLAN BIN KAMURDIN July 2, 2020 at 1:45 am

Sedia berkhimat

Reply

mohd muzzamil July 2, 2020 at 8:47 am

selamat pagi tuan. saya ingin memohon jawatan didalam pasukan bomba. telah tamatkan perkhidmatan anggota tentera dengan baik. mohon panduan untuk saya membuat permohonan ini. terima kasih tuan.

Reply

Faten July 3, 2020 at 1:05 am

Saya telah menghantar permohonan melalui SPA pada 11/09/2019 dan tempoh sah laku calon simpanan adalah selama 1 tahun daripada tarikh tersebut. Bagaimana jika saya ingin mohon jawatan di jabatan bomba ini jikalau begini situasinya? Saya dah cuba edit bahagian ‘jawatan dipohon’ tetapi tidak berjaya. Mohon pencerahan.

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 3, 2020 at 11:10 am

saudari boleh hubungi bahagian spa dengan segera

Reply

Juvina July 3, 2020 at 11:52 am

Kalau jawatan untuk kelulusan minima PMR ada tak?

Reply

Siti July 3, 2020 at 1:16 pm

Tak bole mohon pun

Reply

faizal July 3, 2020 at 2:15 pm

bekas TLDM boleh mohon ke.
ada had mak je utk BMI bagi jawatan pegawai bomba KB19..

Reply

Muhtadin July 3, 2020 at 9:38 pm

Saya tgh intern Kalau saya mohon skrg and kalaulah diterima boleh ke saya join selepas intern and grad yg maybe lambat sikit

Reply

Divineswaran A/L Balasingam July 5, 2020 at 4:41 pm

Jabatan bomba

Reply

RAZMIL BIN ALIOR August 7, 2020 at 3:07 pm

Saya Razmil ingin mencari kerja tetap…harap kalian boleh membantu tq…. aslmualaikm

Reply

taufiq September 10, 2020 at 8:39 pm

salam. saya nak submit borang permohonan tapi sangkut dekat ( jawatan spa ). ( jawatan yang dipohon ). xboleh tekan, tak keluar ape ii pun

Reply

Anonymous October 22, 2020 at 2:07 am

saya dah apply and dapat exam online sebelum pkp. dah jawab exam online tersebut dan LULUS. status di spa sekarang adalah “penjadualan peringkat Ke-2” terlalu lama, dimanakah saya dapat hubungi untuk bertanya hal ini?

Reply

izzu October 25, 2020 at 10:53 pm

saya DH Lulus dlm PSE jwatan bomba 20/2/2020..tp sehingga sekarang..tiada panggilan unt ujian fizikal?knp ye?

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023