Berita baik untuk semua pencarum KWSP! Kerajaan telah mengumumkan pengeluaran i-Citra KWSP RM5000 menggantikan i-Sinar dan i-Lestari yang terdahulu.
i-Citra KWSP RM5000
Selepas mengumumkan Bantuan Khas Covid RM100-RM1300 Isi Rumah & Bujang sebentar tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pula bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
[adssulvo1]
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka menggantikan skim sebelum ini i-Lestari dan iSinar.
Kemudahan ini akan dinikmati seramai 12.6 juta ahli KWSP dan ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
[adssulvo2]
Baca: Permohonan Bantuan Khas Covid – Bantuan Wang Tunai RM100-RM1300
Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Kelayakan i-Citra
Berikut adalah kelayakan untuk membuat pengeluaran iCitra:
[adssulvo3]
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
Ini bermakna semua pencarum KWSP layak untuk memohon iCitra sekiranya mempunyai baki dalam akaun! Sila semak i-Akaun KWSP masing-masing untuk semakan baki.
Cara Memohon iCitra KWSP
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my bermula esok, 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021..
Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info kemaskini nanti.
Leave a Reply to mohd saadan bin mad saaban Cancel reply