permohonan icitra kwsp online

[TERKINI] Permohonan i-Citra KWSP RM5000 (RM1000 sebulan)

Berita baik untuk semua pencarum KWSP! Kerajaan telah mengumumkan pengeluaran i-Citra KWSP RM5000 menggantikan i-Sinar dan i-Lestari yang terdahulu.

i-Citra KWSP RM5000

pm umum bantuan pkp 3.0 b40

Selepas mengumumkan Bantuan Khas Covid RM100-RM1300 Isi Rumah & Bujang sebentar tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pula bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

[adssulvo1]

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka menggantikan skim sebelum ini i-Lestari dan iSinar.

Kemudahan ini akan dinikmati seramai 12.6 juta ahli KWSP dan ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • [adssulvo2]

  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Baca: Permohonan Bantuan Khas Covid – Bantuan Wang Tunai RM100-RM1300

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

contoh pengeluaran icitra dari akaun 2 kwsp

Kelayakan i-Citra

Berikut adalah kelayakan untuk membuat pengeluaran iCitra:

[adssulvo3]

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Ini bermakna semua pencarum KWSP layak untuk memohon iCitra sekiranya mempunyai baki dalam akaun! Sila semak i-Akaun KWSP masing-masing untuk semakan baki.

Cara Memohon iCitra KWSP

tarikh permohonan icitra

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my bermula esok, 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021..

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info kemaskini nanti.


Comments

13 responses to “[TERKINI] Permohonan i-Citra KWSP RM5000 (RM1000 sebulan)”

  1. Kamisah Binti Othman Avatar
    Kamisah Binti Othman

    Bagaimana saya nak buat permohonan i-citra kwsp?

  2. Zamzam bin zainal abidin Avatar
    Zamzam bin zainal abidin

    Bagaimana ingin saya dptkn borang I citra kwsp d on line utk d download

  3. Pengeluar kwsp rm5000.00
    Bencana covid19

  4. Noraini bt mustaffa Avatar
    Noraini bt mustaffa

    Bgaimana nk buat pengeluaran

  5. Jamakyah Avatar
    Jamakyah

    saya nak buat pengeluaran akaun emas di kwsp. macamana cara ye.

    1. Amirrudin Bin Aman Avatar
      Amirrudin Bin Aman

      Sy nak sambung isinar bukan yg baru ni.bodoh betul lah org kerajaan.

  6. […] akaun KWSP anda secara online sahaja. Anda boleh semak baki iAkaun akaun anda untuk permohonan i-Citra KWSP yang akan dibukan Julai […]

  7. MARINI BT RAMLI Avatar
    MARINI BT RAMLI

    Saya nk tanya berkenan bantuan ibu tunggal ,saya ibu tunggal

  8. […] dan Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pengeluaran i-Citra KWSP RM5000 atau RM1000 sebulan selama 5 bulan bagi menggantikan i-Sinar dan i-Lestari yang […]

  9. […] adalah secara online seperti iCitra sebelum ini seperti […]

Leave a Reply to Sha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *