Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for [RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP RM10,000 Tanpa Syarat. Mohon Sekarang!

[RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP RM10,000 Tanpa Syarat. Mohon Sekarang!

in Berita semasa, Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan berita gembira untuk ahlinya iaitu info lengkap pengeluaran iSinar yang terbaru.

Sebelum ini, KWSP hanya mengumumkan secara umum dimana ahli boleh membuat pengeluaran wang akaun 1 KWSP RM4000 sehingga RM10,000 melalui iSinar.

Permohonan iSinar sudah dibuka. Rujuk cara permohonan dibawah. [Kemaskini 26 Mei 2021]

Permohonan iSinar Akaun 1 KWSP

tarikh i-sinar

Selepas iLestari, KWSP telah membuka permohonan pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 dari akaun 1 melalui i-Sinar.

Sebelum ini, KWSP menetapkan permohonan i-Sinar kepada 2 kategori. Tapi untuk yang terbaru, syarat itu telah dibatalkan dan telah ditambahbaik kepada yang baru.

Tidak lagi perlu mengemukakan dokumen pengurangan pendapatan seperti sebelum ini.


Antara syarat kelayakan baru adalah:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Ini bermakna, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun KWSP boleh membuat pengeluaran wang tunai dari akaun 1 mereka.

Bagi ahli yang bekerja sendiri, anda juga boleh memohon Bantuan Geran Khas Prihatin RM3000 ini.

Amaun kelayakan i-Sinar

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

permohonan isinar rm10000


amaun pengeluaran isinar akaun 1 kwsp

Perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar

Bagi memudahkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Anda boleh rujuk panduan mendaftar i-Akaun melaui kiosk dan bank ini.


Dan pastikan akaun bank anda masih lagi aktif untuk kemasukan duit.

  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama
  • Bukan akaun syarikat

Cara Memohon i-Sinar KWSP

permohonan isinar kwsp akaun 1

Permohonan rasmi i-Sinar hanya boleh dibuat secara online sahaja di Portal i-Sinar – www.isinar.kwsp.gov.my.

1. Layari Portal rasmi iSinar dan klik PERMOHONAN BAHARU.

2. Pilih situasi anda dengan menjawab YA atau TIDAK.

3. Isikan Nombor MyKad atau MyPR dan Nombor Telefon andn dan klik TERUSKAN.

4. Sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan

5. Tetapkan Amaun Pilihan dan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN

6. Lengkapkan Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN.

7. Lengkapkan Maklumat Pengurangan Pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.

borang dokumen sokongan isinar kategori 2

8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan HANTAR.

9. Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses.

Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran Isinar akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

i-Sinar-Online-Panduan-Pengguna_Full-Colour (1)

Sekiranya anda tidak menghantar dokumen yang diperlukan, berkemungkinan besar permohonan anda tidak akan dilayan.

Anda boleh buat temu janji terus di Pejabat KWSP sekiranya tidak boleh muatnaik dokumen secara online.

Permohonan akan dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Semakan Status i-Sinar

Untuk membuat semakan status permohonan anda, anda boleh terus ke:

  • Melalui Portal i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  • Melalui i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, anda menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Dapatkan info Bantuan Tambahan BPR RM500 di Telegram Bantuan Kerajaan.

Carian:
  • https://jawatanmalaysia net/permohonan-isinar-kwsp/

{ 18 comments… read them below or add one }

Nor faizah Rosman December 3, 2020 at 9:00 am

EPf dapat rm10,000

Reply

KRISHNA KUMAR December 21, 2020 at 4:10 pm

10,000

Reply

Karruppiah Al Munusamy January 11, 2021 at 7:15 am

Harap harap dapat membantu ringankan masalah kewangan

Reply

Karruppiah Al Munusamy January 11, 2021 at 7:17 am

Rm. 10 Ribu .kekurangan beban duot

Reply

Zulkefli bin omar May 21, 2021 at 1:16 am

Isteri sy ada masalah duit lgi,skrg isteri sy cukup xada pekerja wang lgi pun

Reply

Nuraidah May 21, 2021 at 1:50 am

10000.
Semoga dapat membantu meringankan beban

Reply

Mohd khairul nizam abdullah May 27, 2021 at 1:29 am

Semak kelulusan i sinar2

Reply

Sri ram Kumarasamy March 30, 2022 at 12:18 am

Duit utk membayar rumah sewa..

Reply

Ismail b hasan June 3, 2021 at 3:11 pm

Memerlukan duit utk membayar hutang n belanje

Reply

Epul Saiful June 3, 2021 at 3:41 pm

ni yang baru ke yg bulan December punya

Reply

Karpaham June 3, 2021 at 3:52 pm

I want RM3000

Reply

Muhammad Othman June 6, 2021 at 4:43 am

Adakah saya boleh mohon untuk kali kedua?

Reply

Joachim A/L Anthony Dass January 9, 2022 at 11:34 pm

NO 165 TAMAN SERI SEMARAK 34200 PARIT BUNTAR PERAK

Reply

Joachim A/L Anthony Dass January 9, 2022 at 11:36 pm

NO 165 BLOK O TAMAN SERI SEMARAK 34200 PARIT BUNTAR PERAK

Reply

Sri ram Kumarasamy March 30, 2022 at 12:24 am

C47 FALT TAMAN RASAH JAYA SEREMBAN 70300 N.B

Reply

Joachim A/L Anthony Dass January 9, 2022 at 11:38 pm

NO 165 O TAMAN SERI SEMARAK PARIT BUNTAR

Reply

Thiru February 3, 2022 at 4:54 pm

bolehlah kita membantu diri kita membuat saringan kesihatan dengan umur mencecah 50,boleh menjaga kesihatan kita

Reply

STANLEY ZAINAL March 30, 2022 at 7:55 pm

Keperluan duit KWSP

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023