Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 merupakan bantuan kewangan secara wang off sebanyak RM3000 yang diberikan kepada PKS yang layak untuk meniingkatkan produktiviti perniagaan dan kelangsungan PKS.
Dan sehingga kini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima bantuan GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan sehingga RM2.55 billion.
Permohonan Rayuan GKP 2.0
Atas keprihatinan kerajaan, permohonan bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 ini dibuka semula bagi memberi peluang lebih ramai rakyat menerima bantuan ini.
Permohonan rayuan ini adalah untuk mereka yang gagal kerana tidak cukup dokumen sokongan bagi melayakkan diri menerima bantuan RM3000.
Sebagai contoh, bagi yang status Gagal Kredit, anda hanya perlu kemaskini maklumat AKAUN BANK di menu Kemaskini Akaun Bank.
Dan pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP 2.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk gambar diatas berkenaan dokumen yang perlu anda hantarkan.
Permohonan boleh dibuat terus di Portal GKP – https://gkp.hasil.gov.my.
Anda boleh rujuk panduan mengisi borang online GKP.
Tarikh Permohonan Rayuan
Kerajaan akan membuka tempoh permohonan selama 14 hari bermula dari 7 Disember 2020 hingga 21 Disember 2020.
So, bagi anda yang gagal sebelum ini, sila sediakan dokumen sokongan yang diperlukan yang cukup untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Diharapkan para pemohon dapat menyediakan dokumen sokongan lengkap sebelum membuat rayuan dan seterusnya melayakkan mereka menerima bantuan GKP 2.0 ini.
Bagi peniaga negeri Johor, anda layak menerima Bantuan RM500 Kerajaan Johor.
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line ditalian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
{ 22 comments… read them below or add one }
M40 we don’t get any support from govt. Our salary already been deducted 40% 50% 60% depending on company performance, we have to agreed on the unpaid leave in order to maintain our job. More than 6 months my husband & myself were facing the same situation.
May I know how could I apply the BSH if count after deduct salary almost B40.
Hi. anda boleh buat Permohonan iSinar Akaun 1 KWSP yang akan dibuka pada 21 Disember 2020.
sya xlulus dalam kod 4..ssm sya mati 2018 n sya xdpat renew atas kesempitan ekonomi dan kerana pandemik yg melanda..sya ada bertanya andai sya renew hari ini,sya tidak layak memohon gkp..sedangkan sya masih perlu melunaskan hutang TEKUN NASIONAL..mohon penjelasan dan pertimbangan..
Permohonan untuk GKP 2.0 telah diluluskan tetapi Bila Dalam status kredit dinyatakan gagal kredit.Haruskah saya buat permohonan rayuan semula?Tolong bagi pencerahan
Tidak perlu rayuan. Boleh terus hubungi pihak LHDN.
Salam/hai..
Rayuan untuk KOD 01, adakah perlu document sokongan utk mengatakan masih lagi beroperasi.
Hai ingin bertanya saya semasa pemohonan GKP 2.0 saya menyatakan TIDAK BEROPERASI ditahun 2020 kerana masalah PKP yang dilaksana di kawasan saya jadi saya tidak boleh membuat urus niaga tapi sebenar saya masih beroperasi dan tidak dapat memperbaharui SSM saya kerana PKP dan kewangan yang kurang jadi bagaimanakah saya harus membuat surat sokongan
Apa patut sya sediakan tuk layak menerima bantuan gkp ini Datuk ..say mmg peniaga kecil makanan di kpg dh LMA dari thn 2015 msh ada lesson peeniagaan dh tahun2 berikutnya takbuat buat lesson modal tak mencukupi tuk mohon lesson sampai sekarang … Mcmna ni datuk harapan sya dpt bantuan ini ..anak2 ramai msh bersekolah
syarat utama adalah ada ssm
bg yg masalah spt sya yg xada akaun@akaun disenaraihitam ni mcmna?bntuan lulus tp gagal kredit.nk bukak akaun xdpt..apa harus sya buat?$3000 besar bg seorg ibu tunggal utk tambahan modal.hrp membantu
boleh rujuk pejabat LHDN.
Masih boleh memohon bantuan GKP 2.0 kah atau hanya terbuka bagi mereka yang sudah membuat permohonan sebelum ini? Kalau boleh, macam mana caranya?
untuk yg gagal dlm permohonan sblm ini sahaja. permohonan baru sudah ditutup
Gagal dlm GKP01.Bagaimana saya ingin buat rayuan?
sediakan dokumen yg diperlukan
erlupa nak kemaskini borang gkp ttg status perniagaan YG menyatakan perniagaan beroperasi PD tahun 2020…n jumlah pekerja .boleh ke nak updated rayuan YG lain dlm waktu YG masih Ada lg Ni….?
boleh kemaskini balik
Sy peniaga gerai saja Dan Ada ssm aktif..tp kenapa Sy Tak boleh nak isi maklumat utk mohon gpk2.0 .kwn Sy ssm dah tamat pun boleh dpt 3000 lagi..untung lah dia..
permohonan baru sudah ditutup
Bilakah tarikh baru keputusan rayuan yg telah dibuat? tarikh tutup 21/12/2020
pemohonan baru
Saya baru buat permohonan baru,sebab dia x lulus kod 04,saya ssm tahun 2019 ,masalahnya saya mohon sama dgn mber,mber dh dpt saya x lulus pulak,sedangkan mber pnya SSM dh mati tarikh dia