Berita baik untuk ahli KWSP yang tersalah masukkan amaun pengeluaran i-Sinar untuk bulan pertama dan amaun keseluruhan, anda kini boleh membuat pembetulan semula!
Pindaan Amaun i-Sinar KWSP
Ramai ahli yang telah tersilap memasukkan amaun pengeluaran iSinar terutamanya untuk amaun jumlah pengeluaran bulan pertama kerana terlalu tergesa-gesa semasa mengisi borang permohonan.
[adssulvo1]
Oleh itu, setelah lama menunggu akhirnya KWSP telah mengemaskini sistem dimana ahli boleh membuat pindaan semula amaun i-Sinar tersebut.
Membuat Pindaan Melalui Sistem Isinar Online
Ahli diberi kebenaran untuk membuat pindaan maklumat berikut:
- Jumlah Pengeluaran
- Maklumat akaun bank
- Alamat
- Nombor telefon
- Mod Pembayaran i-Sinar
Untuk pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
[adssulvo2]
Untuk membuat pindaan, anda boleh terus ke Portal Rasmi Isinar di isinar.kwsp.gov.my dan klik pada ‘Pindaan Pengeluaran‘.
[adstextapply]
Semakan status iSinar boleh dibuat bermula esok, 4 Januari 2021 nanti.
Bagi ahli yang masih belum memohon iSinar, kami sarankan anda isi borang dengan penuh cermat dan teliti.
Baca satu-satu maklumat yang diminta sebelum mengisi bagi mengelakkan tersalah isi terutamanya pada jumlah amaun bulan pertama dan amaun keseluruhan.
Dan bagi yang masih belum memohon i-Lestari, permohonan i-Lestari RM500 sebulan masih lagi dibuka.
Leave a Reply to Siti rumi binti othman Cancel reply