Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Jawatan Kosong Polis Bantuan SAPURA Secured Technologies Sdn Bhd

Jawatan Kosong Polis Bantuan SAPURA Secured Technologies Sdn Bhd

in Jawatan Swasta, Kuala Lumpur, Perak, Selangor

Info Jawatan-Kosong Polis SAPURA 2020

logo-company
Sapura Group merupakan syarikat berasaskan teknologi dan terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan seperti Minyak & Gas, Penerbangan, Harta Tanah, Keretapi, Pertahanan, Komunikasi Selamat dan Automotif di dalam dan di seluruh dunia.

  • 📌 Kuala Lumpur / Selangor / Perak
  • 💵 RM 1400 (gaji asas)
  • 🎓 Minima SPM
  • 🎁 – pakaian seragam polis lengkap disediakan
    – Ada OT
    – Pelbagai elaun yang menarik (elaun khas, kenderaan, telefon, dobi, kedatangan dan tunggu sedia)
    – Kemudahan perubatan dan insuran yang sangat menarik
    – Bonus tahunan

SAPURA Group ingin mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas untuk memohon jawatan di anak syarikatnya, SAPURA Secured Technologies Sdn Bhd:

Jawatan Gaji Tarikh Tutup
Konstabel-Sarjan Polis Bantuan Lelaki RM 1400 (gaji asas) 30 Jun 2020
Konstabel-Sarjan Polis Bantuan Perempuan

• Calon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas.

• Syarat minima hanyalah SPM sahaja (lulus 5 matapelajaran termasuk BM & Sejarah)

• Calon mestilah mempunyai tahap kesihatan & penglihatan yang baik.

• Calon yang mempunyai pengalaman di bidang pelabuhan/limbungan dialu-alukan utk memohon.

• Jawatan dibuka daripada pangkat Konstabel sehingga Sarjan.

• Calon akan ditempatkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak (Lumut).

• Bekerja secara syif (2 syif).

• Calon mestilah mempunyai lesen kenderaan sekurang-kurangnya kelas B2 dan D serta tiada masalah kenderaan.

Mohon juga: Jawatan Kosong SAPURA Energy 2020

Faedah Kerjaya SAPURA

SAPURA menyediakan pelbagai faedah/bonus terhadap pekerja mereka seperti:

  • Gaji basic adalah RM 1400 (bagi yang tiada pengalaman)
  • Pakaian seragam polis lengkap disediakan setiap tahun (GD dan Operasi)
  • Bayaran kerja lebih masa (OT)
  • Pelbagai elaun yang menarik disediakan seperti elaun khas, kenderaan, telefon, dobi, kedatangan dan tunggu sedia
  • Kemudahan rawatan perubatan dan insuran
  • Bonus tahunan

Kelayakan Fizikal Polis Bantuan SAPURA

Kelayakan Fizikal bagi calon Lelaki
  • Tinggi minima 165cm dan berat badan minima 50kg
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan
  • BMI anatara 19 hingga 26
Kelayakan Fizikal bagi calon Perempuan
  • Tinggi minima 163cm dan berat badan minima 48kg
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan
  • BMI anatara 19 hingga 26

Jawatan Kosong Polis Bantuan Lain:

1.Polis Bantuan Top Glove Sdn Bhd
2.Polis Bantuan Bank Simpanan Nasional (BSN)
3.Jawatan Kosong Polis Bantuan LGMPC

Cara Memohon Jawatan

1. Bagi calon yang berminat dan berkelayakan dengan jawatan Polis Bantuan syarikat Oil & Gas ini, anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • resume lengkap dengan surat permohonan jawatan dan pangkat
  • salinan kad pengenalan
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • sijil spm dan sijil-sijil sokongan lain
  • sijil kursus asas polis bantuan dan masih sah digunakan

2. Kemudian hantarkan permohonan dan dokumen-dokumen tadi sebelum 30 Jun 2020 kepada:

Urusetia Polis Bantuan Sapura
Sapura Secured Technologies Sdn Bhd
Lot 26921 Jalan Rejang seksyen 10
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

3. Hanya calon layak dan terpilih sahaja akan dipanggil melalui telefon untuk menghadiri sesi temuduga dan ujian fizikal yang akan diadakan sebelum selepas Julai 2020.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah ini ⬇ .

 

🔔 Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2020

✔️ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.

{ 21 comments… read them below or add one }

Nurgini binti mazlan June 25, 2020 at 10:22 am

Kg bukit tok ali , kuala balah 17610 jeli kelantan .

Reply

Anonymous June 25, 2020 at 11:03 am

Surat permohonan jawatan dan pangkat tu kene buat sendiri atau ada borang permohonan dia ye?

Reply

jawatanmalaysia June 26, 2020 at 6:50 am

buat sendiri

Reply

M. Razali June 25, 2020 at 1:00 pm

Mggu lalu saya sudah dapat call daripda sykt sapura.. Tetapi tidak memberitahu lebih trperinci mngenai temuduga dan sebagainya..

Reply

Muhammad ikmal June 25, 2020 at 1:26 pm

Macam mana nak dapatkan surat permohonan ? Tak ada link pun

Reply

jawatanmalaysia June 26, 2020 at 6:49 am

kena buat sendiri (manual)

Reply

Saidi osman bin mohd khlid June 25, 2020 at 1:53 pm

Macamana saya nak dapatkan surat permohonan jawatan dan pangkat

Reply

Aishah June 27, 2020 at 4:37 pm

Assalamualaikum nak tanya macam mana nak dapatkan surat permohonan tuu dengan nak buat boleh bagi tips tak? Memang minat betul ngan kerja polis ii nim lagipon dah habis spm tunggu kerja ni buka jer nak buat mohonan

Reply

allia qistina June 25, 2020 at 2:53 pm

bagaimana untuk dapatkan surat permohonan jawatan dan pangkat?

Reply

Fazeri June 28, 2020 at 11:30 pm

Umur 45
Anggota rela blh ke x

Reply

Mohd shafiq bin hamdan June 25, 2020 at 3:13 pm

Jadi terbaik

Reply

Jawardi jaafar June 25, 2020 at 3:36 pm

Bekas tentera dorg x ambil ke

Reply

jawatanmalaysia June 26, 2020 at 6:50 am

boleh cuba

Reply

Mohamad faiz bin mokhtar June 25, 2020 at 4:36 pm

Kalau tkde sijil kursus asas polis bantuan macam mna?

Reply

Nawawi June 25, 2020 at 6:35 pm

Salam… Macam mana saya hendak dapatkan surat permohonan jawatan dan pangkat… Terima kasih

Reply

Nfatiha June 25, 2020 at 6:37 pm

Klu tkde pngalaman boleh ke?

Reply

jawatanmalaysia June 26, 2020 at 6:50 am

boleh cuba

Reply

Juliza June 26, 2020 at 12:19 pm

Sy berminat to xda sijil kursus asas polis bantuan. Boleh mohon ke?

Reply

MUHAMMAD FIKRI BIN AFFENDY June 26, 2020 at 7:55 pm

Sijil kurses asas polis bantuan Tak Ada mcm mna tu ye?

Reply

Anonymous June 27, 2020 at 9:12 am

Sabah pla cmna bosku?

Reply

Aisyah January 4, 2021 at 1:11 pm

tahun ni tkde jawatan kosong ke ?

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023