Permohonan Rumah Murah B40 Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR). Rumah Murah Subsidi Kerajaan – RM75,000 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air!

Kini, rakyat Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh memohon membuat rumah murah di bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan bayaran serendah RM300 sebulan.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

permohonan borang rumah mesra rakyat
Skim Rumah Mesra Rakyat atau RMR merupakan bantuan untuk membuat rumah (subsidi kerajaan) terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Dengan kata lain, rumah ini sesuai untuk golongan B40 dan M40 (M1).

Skim ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

[adssulvo1]

Rumah yang ditawarkan adalah berkonsepkan 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Harganya yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di luar dimana dengan keluasan rumah 1000 kps hanya berharga RM75,000 sahaja.

Syarat Kelayakan Rumah RMR

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  4. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  5. Mempunyai tanah yang berkeluasan tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut rekabentuk)
  6. Tertakluk kepada peruntukan kewangan pemohon

Pemohon kedua diperlukan sekiranya umur 42 tahun (untuk semenanjung) dan 38 tahun (Sabah, Sarawak dan kawasan pulau).

Baca: Permohonan Bantuan Persekolahan KPM

Pelan & Harga Rumah Mesra Rakyat

Harga Rumah Mesra Rakyat Semenanjung

[adssulvo2]

Pelan Rumah Mesra Rakyat Semenanjung

Harga Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak

Pelan Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah cara untuk memohon RMR ini:

#1 BUKA LAMAN WEB

permohonan rumah rumah mesra rakyat rmrPergi ke portal rasmi SPNB – http://rmr.spnbonline.com.my

[adstextapply]

#2 KLIK PENDAFTARAN BARU

Klik pada Pendaftaran Baru. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID nanti.

#3 PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN

Semak emel anda. Kata laluan akan dihantar melalui emel.

#4 LOG MASUK KE LAMAN UTAMA

Kini anda boleh mula login masuk dengan menggunakan ID (emel anda) dan kata laluan yang dihantar ke emel anda tadi.

#5 MELENGKAPKAN BORANG ONLINE

Paparan borang permohonan online akan ditunjuk. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

#6 SELESAI MENGISI BORANG ONLINE

Selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang tersebut.

#7 MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB

Bawa borang yang anda cetak tadi berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memohon rumah RMR:

[adssulvo2]

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPRN) di hotline 1300 80 3838 atau emel [email protected]

Carian:
  • https://jawatanmalaysia net/rumah-mesra-rakyat-rmm/

Comments

7 responses to “Permohonan Rumah Murah B40 Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR). Rumah Murah Subsidi Kerajaan – RM75,000 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air!”

  1. sofian bin mohamed abdul ghani Avatar
    sofian bin mohamed abdul ghani

    saya dan pasangan belum mempunyai rumah sendiri. saya ada anak 5 orang umur dah 45th tapi masih menyewa. saya ada tanah di kampung tumpat kelantan.

  2. Azim Fitri Avatar
    Azim Fitri

    Hello

  3. Radzuan Mat Roos Avatar
    Radzuan Mat Roos

    Saya Masih tinggal dgn keluarga…dah berkahwin…umur 49 tahun..sampai sekarang apa bentuk jenis bantuan pun Tak dpt.. kecuali bpn Dan bpr…bila mohon rumah..pernah mohon dgn maip tapi di herdik kata Saya Tak keja laa.apa laa..sedang Saya menanti bagai bush Tak jatuh.. lepas tu..permainan politik pun ada jugaa masuk..Saya memahami to Saya hanya berserah pada Allah..Dan Saya sedang menjaga ibu Saya..yg dah uzur..87 tahun…bantuan apa pun Tak dapat…

  4. DIRA AZAHAR Avatar
    DIRA AZAHAR

    Nak Mohon ni nak kene ada tanah sendiri dulu ke Baru boleh mohon ? Habis kalau yg tkde tanah boleh tak mohon ? Lepastu buat pembayarane bulanan seperti biasa, boleh tak ?

  5. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

  6. Wow, wonderful blog format! How long have you been blogging for?

    you make running a blog glance easy. The whole glance of your site is excellent, let alone the content material!
    You can see similar here dobry sklep

Leave a Reply to DIRA AZAHAR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *