Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Cara Semakan Penyata Akaun KWSP Online

Cara Semakan Penyata Akaun KWSP Online

in Berita semasa

Kini anda boleh buat semakan penyata akaun simpanan KWSP secara online sahaja tanpa ke kaunter.

Selain itu, anda juga boleh membuat pengeluaran tertentu dalam talian sahaja.

Semakan Penyata KWSP Online

semakan akaun kwsp 1 dan 2

Kini anda boleh membuat semakan akaun KWSP anda secara online sahaja. Anda boleh semak baki iAkaun akaun anda untuk permohonan i-Citra KWSP yang akan dibukan Julai nanti.


Sebelum membuat semakan, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.

Pendaftaran Akaun KWSP

Langkah 1
Pertama sekali anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat/kios KWSP berdekatan.

Anda juga boleh menghubungi KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan ID dan Kata Laluan tersebut.

Langkah 2

log masuk akaun kwsp
Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.

Anda perlu membuat pengaktifan dalam masa 30 hari selepas menerima SMS.

Langkah 3


Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.

Sila pilih ID yang mudah diingati kerana anda hanya boleh tukar sekali sahaja.

Baca: Semakan Rayuan BSH 2020

Langkah 4


Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Langkah 5
Pendaftaran berjaya. Kini anda boleh Log masuk dan buat semakan penyata akaun 1 KWSP dan akaun 2 KWSP anda.

Anda juga boleh download penyata KWSP anda untuk membuat pinjaman tanpa perlu ke kaunter lagi. Mudah kan?

Aplikasi i-Akaun KWSP

Untuk lebih mudah, anda juga boleh download aplikasi i-Akaun oleh KWSP di Googleplay dan Apple App Store di handphone anda.

Hanya search ‘i-Akaun’ dan klik download dan terus login.

Carian:
  • akaun mil individu

{ 1 comment… read it below or add one }

Gunaneswaran November 17, 2020 at 11:55 am

Hi how are yuu

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023