Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan untuk suri rumah dengan kerjasama MyKasih Foundation dan Yayasan Hasanah.
Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Prihatin
Kerajaan telah memperkenalkan elaun Bantuan Barangan Dapur melalui Program PRIHATIN Kasih untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar dengan peruntukkan sehingga RM100juta dan akan dimanfaatkan 300,000 ribu isi rumah di bandar.
[adssulvo1]
Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiap isi rumah akan menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan dan akan diberikan melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀
Dan setiap penerima bantuan ini boleh membeli barangan asas makanan harian seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya,
Penerima boleh menebus bantuan ini di pelbagai 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti:
[adssulvo2]
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- kedai-kedai runcit yang berdaftar
⠀
Baca: Permohonan Bantuan Khas Covid – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300
Pembayaran Bantuan Program Prihatin Kasih
Pembayaran elaun RM100 sebulan selama setiap bulan akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.
Tarikh pembayaran adalah berbeza mengikjut negeri. Anda boleh rujuk jadual pembayaran dibawah:
[adssulvo3]
Negeri | Tarikh Pembayaran |
---|---|
Selangor & KL | Julai – September 2021 |
Kelantan, Johor, P.Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu | Ogos – Oktober 2021 |
N. Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak | September – November 2021 atau Oktober – Disember 2021 *akan dimaklumkan kemudian |
Semakan Program Prihatin Kasih Barangan Dapur RM100 sebulan
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Bagi yang tidak menerima SMS, boleh buat semakan secara online di Portal MyKasih
Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan terkini.
Carian:
- https://jawatanmalaysia net/semakan-bantuan-barangan-dapur-rm100-sebulan-prihatin-kasih/
Leave a Reply to Sharifah bti Abu Hasan Cancel reply