Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Semakan Pembayaran Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) RM500 & RM1500 2021

Semakan Pembayaran Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) RM500 & RM1500 2021

in Berita semasa

Berita baik untuk rakyat Sarawak yang telah membuat permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebelum ini, semakan pembayaran sudah boleh dibuat mulai 15 Disember 2020.

Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Penerima Rayuan BKSS B40 ini adalah untuk mereka yang membuat rayuan sehingga tarik tutup permohonan pada 31 Mei 2020 sebelum ini.

Tiada permohonan baru yang dibuka lagi setakat ini.

Bagaimanapun, anda boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Penerima Rayuan Kategori Individu Bujang


Untuk kategori Individu Bujang, penerima akan menerima bantuan RM500 secara one-off dan akan disalurkan ke akaun mulai 15 Disember 2020.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh menuntut wang dimana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia dengan hanya menunjukkan Kad Pengenalan mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Penerima Rayuan Kategori Ketua Isi Rumah (KIR)

Manakala untuk kategori Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima sebanyak RM1500 dan akan dilakukan sebanyak dua fasa

  • Fasa 1 – Bantuan RM750 akan disalurkan bermula 15 Disember 2020.
  • Fasa 2 – Baki bantuan RM750 akan dibayar secara bulanan iaitu RM250 sebulan setiap 15 haribulan bermula Januri 2021 sehingga Mac 2021.

Bagi yang tiada akaun bank, anda boleh mengambil duit bantuan ini dimana-mana cawangan BSN seperti dibawah:


  • Fasa 1 – bermula 21 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021
  • Fasa 2 – bermula 21 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021

Bagi yang tinggal di pedalaman Sarawak, anda boleh mohon Bantuan Internet & Telefon Percuma untuk anak-anak anda yang masih bersekolah.

Semakan Permohonan Rayuan BKSS B40

semakan rayuan bkss sarawak
Untuk mengetahui status permohonan rayuan anda, anda boleh membuat semakan di Portal BKSS Kerajaan Sarawak – https://bkss.sarawak.gov.my.

Hanya masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘Submit’. Status rayuan anda akan dipaparkan.

Perhatian kepada penerima BKSS B40 yang lulus sebelum ini dan tidak mempunyai akaun bank.


Anda dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana cawangan BSN dan tunjukkan kad pengenalan anda untuk menuntut wang bantuan anda.

Kegagalan membuat demikian membuatkan anda tidak akan menerima bantuan ini. Sila tuntut sebelum 31 Mac 2021.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungu Talikhidmat BKSS di talian 082-555999.

Carian:
  • bkss
  • bkss bujang 2021
  • Bkss semakan bayaran 2021

{ 9 comments… read them below or add one }

Maidah bin galiong February 5, 2021 at 1:50 am

Macamana sya minta bantuan,sya tidak dapat karja sudah sya anak anak 4,sya baru keluar dari hospital kerana tinggi darah dan juga stork separu bedan..l

Reply

Dvoon February 10, 2021 at 4:01 pm

Yang kenapa kita B40 khawin dua org anak,tapi kita dapat terima bujang lima ratus saja?

Reply

Nur March 14, 2021 at 6:29 pm

Knpa saya semakan bkss masih dlm proses dari tahun lepas lg

Reply

Keraman bin mohamad March 29, 2021 at 2:55 pm

Beran sik

Reply

Hell April 9, 2021 at 11:48 am

Benar ka bantuan RM500 ya? Sampai knk tok sik nerimak

Reply

Saini bin dioh May 28, 2021 at 11:12 pm

Permohonan rayuan anda berjaya tetapi tak dikrdt keakuan???????

Reply

Jame May 28, 2021 at 5:10 pm

Smpai sekarang pun x dapat.. Rayuan ade dh Diterima. But nothing.. Why

Reply

Sylvia ak jiram May 31, 2021 at 10:28 am

Semakan bkss 2021

Reply

Subramaniam a/l Perumal June 8, 2021 at 11:36 am

Sya Encik Subramaniam a/l Perumal
No.KP. 500511055427
Permanent resident dengan K
Seorang pesara polis
Pemadu e hailing semenjak 2 thn yg dulu.
Ingin mohon RM 500 yg diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.
Untuk tindakan pihak tuan.

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023