Semakan BSH 2020
LHDN telah mengumumkan melalui portal rasmi BSH bahawa orang ramai boleh mula membuat semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup masing-masing bermula harini, 16 November 2020.
Bagi tarikh pembayaran BSH pula akan diumumkan oleh kerajaan nanti.
Anda boleh membuat semakan status permohonan secara manual dan juga online.
Baca: Rayuan BPN RM1000 2020
Cara Semakan Status Online
Untuk semakan secara online, anda boleh terus ke Portal Rasmi BSH.
1. Layari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM – https://bsh.hasil.gov.my
[adssulvo1]
2. Klik pada Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
3. Masukkan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) dan sahkan Kata Kunci Keselamatan anda.
4. Masukkan kembali ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) serta Kata Laluan anda.
5. Klik pada Semakan dan maklumat berikut akan dipaparkan:
– Status Permohonan
– Maklumat Pembayaran (Jika Berjaya)
Anda juga boleh membuat semakan menggunakan smartphone anda melalui apps Semakan Bantuan Sara Hidup yang boleh didownload di Play Store / App Store masing-masing.
Cara Semakan Status Manual
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status rayuan secara manual BSH 2020:
[adssulvo2]
- Hubungi talian LHDNM di 1-800-88-2747 pada waktu bekerja iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang
- Hubungi talian MoF: 03-8882 4565 / 4566 pada waktu bekerja iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang
- Hadir terus ke pejabat urusan LHDNM yang berhampiran anda
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020
[adstextapply]
Tarikh pembayaran akan mula dibuat bermula 23 November 2020 untuk mereka yang lulus.
Pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank yang telha didaftarkan.
Bantuan dan Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda rujuk laman web rasmi Bantuan Sara Hidup atau hubungi nombor dan e-mel yang tertera di bawah pada hari bekerja 9.00 pagi – 5.00 petang.
Hotline BSH LHDN: 1-800-88-2747
Hotline BSH MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: [email protected]
Leave a Reply to RuziwatI Cancel reply