kwsp-isinar-semakan

Tahniah! Permohonan i-Sinar Anda Diluluskan. Semak Kelulusan Anda Sekarang!

Pada 20 Disember 2020 lalu, KWSP telah membuka permohonan iSinar untuk Kategori 1 dimana ahli boleh membuat pengeluaran wang akaun 1 RM4000 sehingga RM10,000. Hari ini, ahli yang telah membuat permohonan sebelum ini boleh membuat semakan kelulusan permohonan iSinar masing-masing.

Semakan Permohonan iSinar

Bagi ahli yang sudah membuat permohonan iSinar sebelum ini, anda boleh semak cara membuat semakan permohonan anda dibawah.

[adssulvo1]

1. Pergi ke laman rasmi i-Sinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my atau ahli yang ada i-Akaun, boleh terus login i-Akaun KWSP.

2. Klik pada SEMAK STATUS PERMOHONAN.

semakan isinar

3. Masukkan maklumat peribadi anda – nombor Kad Pengenalan / Mykad dan Nombor Telefon.

status permohonan isinar kwsp

[adssulvo2]

4. Tick ruangan pada ‘Saya Bukan Robot‘ dan klik ‘Semak Status‘.

5. Status permohonan akan dinyatakan sama ada LULUS atau GAGAL.

contoh semakan isinar lulus berjaya

Bagi permohonan yang berjaya, maklumat tarikh pembayaran iSinar akan dipaparkan bersama.

[adstextapply]

Bagi anda yang gagal, jangan risau. Mungkin anda tergolong dalam Kategori 2 dan anda boleh cuba membuat permohonan sekali lagi pada 11 Januari 2021.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Diingatkan sekali lagi jangan membazir dan berbelanjalah secara berhemah dan berjimat cermat.


Comments

One response to “Tahniah! Permohonan i-Sinar Anda Diluluskan. Semak Kelulusan Anda Sekarang!”

  1. Bantuan 1 keluarga 1 laptop

Leave a Reply to Awatif binti abidin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *