Ramai yang masih belum tahu kewujudan Skim Khairat Kematian (SKK) yang diperkenalkan kerajaan dibawah skim Bantuan Sara Hidup (BSH).
Skim Khairat Kematian BSH RM1000
Skim Khairat Kematian adalah skim yang menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 khusus untuk penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
[adssulvo1]
Oleh itu, setiap pemohon BSH perlu mengisi pada ruangan Bahagian Maklumat Waris supaya tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana hanya waris berdaftar sahaja boleh menuntut skim khairat BSH ini.
Antara individu yang layak menjadi senarai waris penama BSH adalah:
- Ibu
- Bapa
- Pasangan
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Waris akan menerima bantuan RM1000 yang dibayar sekaligus.
Penerima Skim Khairat Kematian ini adalah hanya untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja.
Baca: Dapatkan bantuan persekolahan 2021 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
Dokumen Sokongan Skim Khairat BSH
Untuk membuat tuntutan, waris wajib membawa dokumen-dokumen berikut:
[adssulvo2]
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad Pengenalan Asal Waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Cara Membuat Tuntutan
- Hanya waris yang berdaftar dan sah sahaja yang boleh membuat tuntutan SKK ini
- Waris perlu hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama dokumen-dokumen sokongan yang lengkap
- Sekiranya tiada sebarang masalah dengan dokumen sokongan, pemberian khairat kematian RM 1,000 akan diberikan kepada waris
[adstextapply]
- Sekiranya waris berdaftar telah meninggal dunia, waris lain perlu membuat permohonan dengan mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-20)
- Sekiranya waris menghadapi kesukaran untuk datang ke Bank Simpanan Nasional atas sebab – sebab tertentu, waris boleh memberi keizinan kepada waris baru dengan mengemukakan surat keizinan pertukaran waris dari waris asal
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai bantuan Khairat Kematian BSH ini, anda boleh terus menghubungi Hotline BSH LHDNM di talian 1800 88 2747.
Leave a Reply to Adnan bin Shaari drp Cancel reply