Permohonan Skim Khas Zakat RM300 one-off kedah

Permohonan Skim Khas Zakat RM300 one-off

Para asnaf yang layak kini boleh membuat permohonan Skim Khas Zakat RM300 secara one-off daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Skim Khas Zakat RM300 Covid-19

bantuan zakat khas rm300 pkp

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengumumkan Skim Agihan Khas Zakat membantu para asnaf yang terkesan dan pendapatan mereka telah berkurangan ketika PKP ini.

Setiap keluarga yang layak menerima akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM300.

[adssulvo1]

• Hilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumahtangga.

• Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakkan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin.

• Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan.

• Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain.

• Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah.

• Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja.

• Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama rakyat yang terjejas

Skim-Agihan-Khas-Zakat-1024x1024

Inisiatif skim ini akan memberikan manfaat kepada 40,000 keluarga asnaf terutamanya Negeri Kedah.

Bagi negeri lain, anda boleh semak senarai Bantuan Zakat PKP 3.0 mengikut negeri masing-masing.

Antara syarat kelayakan ditetapkan adalah:

[adssulvo2]

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Golongan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)
  • Pemohon adalah ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan
  • Pemohon mestilah bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Sekiranya anda penerima Bantuan JKM tapi pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM2000, anda masih layak memohon bantuan skim zakat ini.

Cara Memohon Skim Khas Zakat Kedah

Mereka yang memenuhi syarat kelayakan diatas boleh membuat permohonan secara online sebelum 7 Ogos 2021.

portal bantuan zakat kedah pkp

1. Layari Portal Zakat Kedah – https://agihan.zakatkedah.com.my.

[adssulvo3]

2. Klik pada ‘Pemohon Baru.’

3. Pilih skim zakat dan masukkan nombor IC / kad pengenalan dan klik ‘Teruskan.’

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Simpan dan Teruskan’.

5. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut:

  • Suami: Jika berkahwin
  • Isteri: Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
  • Isteri: Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
  • Anak: Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit

6. Muatnaik dokumen sokongan dan klik ‘Hantar’.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Oleh itu sediakan semua dokumen sokongan sebelum menghantar borang permohonan anda seperti salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai/kematian, slip gaji, penyata akaun bank dan bukti permastautin.

Permohonan akan dibuka sehingga 7 Ogos 2021.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info bantuan terkini nanti.

Jika terdapat soalan dan bantuan, anda boleh terus menghubungi pejabat LZNK daerah masing-masing.

nombor pejabat daerah lembaga zakat negeri kedah


Comments

3 responses to “Permohonan Skim Khas Zakat RM300 one-off”

  1. Shaihan Avatar
    Shaihan

    Askum semua.. Mohon bantuan.. Saya bapa tunggal yg besarkan anak seorg diri.. Dan itula satu satunya anak saya.. Allahu saya mohon kepada sape sspe.. Saya putus mata pencarian.. Anak saya memerlukan dan skrg tgah berlawan dgan covid.. Allah bantula saya.. 0183902573.. Ini nombor saya

  2. Azami b.Mohamad Avatar
    Azami b.Mohamad

    Saya skrg tidak berkerja hanya mnjaga kakak skrg berumur 62 thn dan bekas suaminya berumur 74 thn .tinggal mnyewa di rumah kedai mngharap gaji pencen bekas suami kakak. Saya skrg berumur 55thn dan tiada kwsp lagi. Pada umur 50thn dulu telah saya keluar kan.mengharap dgn permohonan ini

Leave a Reply to Shaihan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *