Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2020

Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) 2020

in Jawatan Kerajaan, Putrajaya

Jawatankosong terkini bagi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sesi 2020. Sebarang info bagi kerja kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan terbaru akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Sila bookmark portal Jawatanmalaysia.net ini untuk rujukan masa depan.

Info Jawatan Kosong Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2020

logo-company Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau EAIC adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 1 April 2011.

  • 📌 Putrajaya
  • 💵 RM1,353.00 – RM4,005.00
  • 🎓 SPM / SKM

Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ingin menjemput warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang dibuka seperti berikut:

Jawatan & Gred Gaji Tarikh Tutup
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 RM1352.00 – RM4003.00 4 September 2020
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 RM1353.00 – RM4005.00 4 September 2020

1. Calon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas.

2. Taraf jawatan ini adalah TETAP.

3. Kenaikan gaji tahunan dan elaun diberikan.

Mohon Juga: Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2020

Maklumat Jawatan

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

  • Syarat kelayakan minima adalah SPM / SKM
  • Gred gaji adalah RM1352.00 – RM4003.00 dengan kenaikan tahunan RM100.00<
  • Elaun disediakan seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM115.00, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00 dan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM350.00
  • Tugas – Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi skop fungsi bidang tugas pentadbiran pejabat, pentadbiran am, perkhidmatan kaunter, pemprosesan dan pengumpulan data/maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi, pengurusan personel, pengurusetiaan, menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

  • Syarat kelayakan minima adalah SPM / SKM
  • Gred gaji adalah RM1353.00 – RM4005.00 dengan kenaikan tahunan RM100.00
  • Elaun disediakan seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM115.00, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM300.00 dan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM350.00
  • Tugas – Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa yang merangkumi skop fungsi bidang tugas membantu menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan

Lagi Jawatan Kerajaan

1. Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA) 2020
2. Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 2020

Cara Memohon Jawatan

1. Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki memohon secara manual menggunakan Borang Permohonan EAIC dibawah ini:

borang permohonan suruhanjaya integriti agensi penguatkuasaan

2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaharu dan salinan Resume, sijil-sijil, salinan Surat Beranak dan Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.

3. Hantarkan permohonan anda kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

4. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas pada sampul.

🔔 Tarikh tutup 4 September 2020

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong ini, anda tinggalkan komen dibawh ini.
 

✔️ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak di portal EAIC. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.

{ 6 comments… read them below or add one }

Sharifah Radhiah Zaimi September 2, 2020 at 10:24 pm

Salinan kad pengenalan, sijil surat beranak yg telah disahkan tu macam mana ye? Adakah perlu cop daripada ketua kampung? Boleh ke kalau orang lain yang hantarkan borang dan resume tu? Terima kasih

Reply

MUNIRAH BINTI DESA January 2, 2021 at 7:32 pm

Saya berminat .bagaimana nak memohonyaa.tolong saya berminat sangat .

Reply

Nurasyqin September 3, 2020 at 11:34 am

kalau saya berminat tetapi tinggal d sabah macam mana mahu submit tuan/puan?

Reply

Fiqanazri September 3, 2020 at 11:08 pm

Boleh send by email??

Reply

husna October 21, 2020 at 12:42 am

masih boleh memohon?

Reply

MUNIRAH BINTI DESA January 2, 2021 at 7:33 pm

Bagaimana cara permohonan .boleh bantu saya.saya memang tengah mencari pekerjaan .

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023