Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) – Ogos 2020

Permohonan terbuka jawatan Kerajaan Negeri Pahang melauli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) sesi 2020. Sebarang info bagi kerja kosong kerajaan Pahang terbaru akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Sila bookmark portal Jawatanmalaysia.net ini untuk rujukan masa depan.

Info Jawatan Kerajaan Negeri Pahang 2020

logo-company Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mennguruskan hal ehwal pekerja kerajaan termasuk pengambilan kakitangan baru.

  • 📌 Pahang
  • 💵 RM1493.00 – RM5672.00
  • 🎓 SPM / SVM / Sijil / STPM / STAM / Sijil / Diploma / Ijazah
  • 🎁 -Kenaikan gaji tahunan
    – Bonus kerja kerajaan tahunan

Kerajaan negeri Pahang ingin mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun yang berminat & berkelayakan untuk memohon kekosongan yang dibuka melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) seperti berikut:

Jawatan Gaji Dateline
1. Penghulu Gred NP29 RM1493.00 – RM5672.00 24 Ogos 2020
2. Penolong Pegawai Vetarinar Gred G29 RM1494.00 – RM5674.00 24 Ogos 2020
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 RM1493.00 – RM5672.00 24 Ogos 2020
[adspostresponsive]
4. Pengawai Penerangan Gred S41 RM2078.00 – RM9544.00 25 Ogos 2020
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 RM 1549.00 – RM5684.00 25 Ogos 2020
6. Pereka Gred B19 RM1360.00 – RM4032.00 25 Ogos 2020

1. Jawatan ini dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan berkelayakan.

2. Kelayakan minima adalah Ijazah Sarjana Muda.

3. Peluang menikmati kenaikan gaji tahunan.

💡 Apply juga: Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2020

Maklumat Jawatan

[adssulvo1]

1. Penghulu Gred NP29

  • Gaji minima: RM1,493.00 dan Gaji maksima: RM5,672.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM 145.00
  • Syarat kelayakan adalah SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Tugasan – Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

2. Penolong Pegawai Vetarinar Gred G29

  • Gaji minima: RM1,494.00 dan Gaji maksima: RM5,674.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM145.00
  • Syarat kelayakan adalah Sijil/Diploma
  • Tugasan – Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan serta bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer dan mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan.

3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

  • Gaji minima: RM1,493.00 dan Gaji maksima: RM5,672.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM145.00
  • Syarat kelayakan minima adalah STPM/STAM/Diploma
  • Tugasan – Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

[adssulvo1]

4. Pengawai Penerangan Gred S41

  • Gaji minima: RM2,078.00 dan Gaji maksima: RM9,544.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM225.00
  • Syarat kelayakan minima adalah Ijazah
  • Taraf jawatan adalah KONTRAK
  • Tugasan – Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan.

5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

  • Gaji minima: RM 1,549.00 dan Gaji maksima: RM 5,684.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM145.00
  • Syarat kelayakan minima adalah Ijazah
  • Taraf jawatan adalah KONTRAK
  • Tugasan – Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

6. Pereka Gred B19

  • Gaji minima: RM1,360.00 dan Gaji maksima: RM4,032.00 dengan kadar kenaikan gaji setiap tahun: RM100.00
  • Syarat kelayakan adalah pengalaman/SPM/SVM/SKM
  • Taraf jawatan adalah KONTRAK
  • Tugasan – Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Mohon: Jawatan Kosong SPA 2020

Cara Memohon Jawatan

1. Bagi calon yang berminat untuk memohon Jawatan Kosong ini, calon hendaklah membuat permohonan secara online melalui eSPA Online Pahang dibawah:

espa-pahang

[adstextapply]

*Server permohonan online SPA sedang sering down bulan ini kerana terlalu ramai sedang mengakses portal ini. Kami cadangkan cuba pada waktu bukan puncak.

2. Pastikan tarikh tutup sebelum anda memohon.

 
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah ini ⬇ .

 

🔔 Tarikh tutup permohonan 24 & 25 Ogos 2020


 

✔️ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak di portal rasmi SPA Pahang. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.


Comments

One response to “Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) – Ogos 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *