Berita baik untuk rakyat Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR akan mula dibuat pembayaran pada 7 Mei 2021.
Amaun Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021
BPR telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada pembentangan Bajet 2021 sebelum ini dalam menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan B40 dan M40 termasuk golongan OKU dengan beberapa penambahbaikan bantuan.
Jumlah pembayaran penerima adalah berbeza mengikut kategori tarikh kelulusan permohonan BPR. Anda boleh rujuk jadual kategori kelulusan dibawah (termasuk Isi Rumah dan Bujang):
- Penerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021
[adssulvo1]
- Penerima bayaran Permohonan Baru BPR 2021 (bukan penerima Fasa Pertama)
- Penerima bayaran BPR Perubahan Status Kahwin
[adssulvo2]
Jadual Pembayaran BPR 2021
Fasa Bayaran | Tarikh Bayaran Bermula |
---|---|
Bayaran BPR Fasa 1 | 24 Februari 2021 |
Bayaran BPR Fasa 2 | 7 Mei 2021 |
Bayaran BPR Fasa 3 | *Belum diumumkan |
*Follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapat info pembayaran BPR 2021.
Pembayaran BPR Fasa 2 2021
[adssulvo3]
● Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 dengan peruntukan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta penerima.
● Peruntukan ditambahbaik dimana penerima akan menerima antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)
● Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my
● Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7 – 12 Mei 2021
● Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.
Bantuan Khas RM500 Untuk B40 pula akan dibayar pada Jun 2021.
[adstextapply]
Berita baik bagi yang tidak layak , kerajaan akan membuka permohonan rayuan BPR yang akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Atau anda boleh follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapat info permohonan rayuan BPR 2021 nanti.
Leave a Reply to Anonymous Cancel reply