Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for [Panduan] Cara Tukar Kredit E-wallet Rm50 ePENJANA Kepada Cash/Tunai

[Panduan] Cara Tukar Kredit E-wallet Rm50 ePENJANA Kepada Cash/Tunai

in Berita semasa, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu

Sudahkan anda menerima bantuan ePENJANA RM50 yang diberikan kerajaan didalam bentuk kredit e-wallet baru-baru ini? Jika belum, sila tebus sekarang sebelum permohonan ditutup pada 24 September 2020 ini!

Kepada yang sudah menerima bantuan ePENJANA RM50 ini tahniah diucapkan. Tapi, tahukah anda bahawa anda boleh menukar e-wallet kepada cash atau tunai?

Baca: Duit BPN Dah Masuk. Semak Sekarang!

Cara Menebus Kredit E-wallet Rm50 ePENJANA Kepada Cash/Tunai

Ada segelintir terutama mereka yang berada di kawasan kampung atau pedalaman yang tidak memerlukan kredit dalam e-wallet tetapi lebih selesa sekiranya ianya diberikan di dalam bentuk wang ringgit. Lebih senang untuk mereka berbelanja membeli barangan dapur dan keperluan harian.

Oleh itu, kami akan kongsikan cara-cara untuk menebus kredit e-wallet RM50 ePENJANA tadi kepada bentuk duit tunai.

Untuk menebus kredit e-wallet ini, anda memerlukan 2 apps ini di smartphone anda:

  • Apps e-wallet Touch n Go
  • Apps Shopee

Panduan Menukar Kredit E-wallet Rm50 ePENJANA Kepada Wang Tunai

duit tunai bantuan epenjana rm50

1. Tebus RM50 ePENJANA di dalam akaun apps e-wallet Touch n Go anda.

2. Kemudian, buka apps Shopee dan klik pada bahagian ShopeePay.

3. Masukkan jumlah kredit yang anda hendak tunaikan.

4. Klik ‘Cash Payment at 7-eleven’.

5. Satu barcode akan dipaparkan.

6. Perfi ke 7-eleven berdekatan dan tunukkan carcode tadi kepada cashier untuk di-scan.

7. Wang akan dimasukkan ke ShopeePay anda.

8. Daripada ShopeePay anda boleh pindahkan ke akaun bank anda. Pastikan ShopeePay anda link dengan akaun bank anda.

Mudahkan? Panduan ini hanya untuk mereka yang belum menebus bantuan ePENJANA RM50 atau yang menebusnya melalui apps e-wallet Touch n Go sahaja.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023