Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan & Semakan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Permohonan & Semakan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

in Berita semasa, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu

Kerajaan tidak pernah sesekali menyisihkan warga emas sebaliknya tetap dan terus menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas seperti kemudahan rumah kebajikan orang tua dan juga wang ringgit.

Oelh sebab itu kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Orang Tua (BOT) untuk membantu warga emas dimana mereka akan menerima bantuan RM350 setiap bulan.

Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM350 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlukan sahaja yang menerima bantuan ini.

*Kemaskini: Kerajaan telah mengumumkan dalam Intipati Pembentangan Bajet 2021 Malaysia bantuan ini dinaikkan kepada RM500 sebulan .

Syarat Kelayakan Bantuan 500 Sebulan

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Pemohon sudah berumur 60 tahun ke atas
  • Pemohon sudah tiada sumber pendapatan untuk menyara hidupnya
  • Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

Walaubagaimanapun, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan diatas untuk mana-mana kes yang tertentu dan berkeperluan sahaja.

Anda juga boleh mohon Bantuan Kanak-kanak (BKK) RM1000 Sebulan.

Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas

Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.

Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas RM350sebulan secara online melalui portal eBantuan JKM:

Permohonan Online Bantuan Orang Tua (BOT)

ebantuan jkm


1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. Klik DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih NEGERI pemohon.

5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:


  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

PM Umum Bantuan Bulanan JKM RM1000 Akan Dilaksana Segera & Cara Memohon Bantuan JKM!

Semakan Permohonan Bantuan Orang Tua

Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online sahaja.

semakan-bantuan-jkm

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

4. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.

Baca Juga: Permohonan & Semakan Wang Ehsan 2020

 
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di [email protected] ⬇ .

Carian:
  • https://jawatanmalaysia net/bantuan-orang-tua/

{ 14 comments… read them below or add one }

Liew swee kioog September 13, 2020 at 10:33 am

No,ic530514135307 tidak keja lagi
Umul 67 hanphon +60173965875.

Reply

Mohd azhar bin mohamed September 27, 2020 at 4:27 am

#bantuan anak saya oku rm250***sebulan yang dapat,bilakah kenaikkan kpd rm1000/**?
*saya bapanya tidak bekerja sudah hampir setahun lebih…tiada sumber pdapatan lain..

Reply

shangar a/l Shangar a/l murugan September 29, 2021 at 12:28 am

Kalau ada kad oku mestinya kena beri bantuan bulanan tak kira gaji 1200 atau 3000 ke bawah..dah ada keluarga .

Reply

Jempa ak lasa October 1, 2020 at 11:20 pm

Bila bantuan ibu tunggal ??…keputusan berjaya tidak ada respon dari kebajikkan …..

Reply

Buvaneswari November 16, 2020 at 11:41 am

Saya Tak dapat pe2 bantuan tolong Bantu i

Reply

Anonymous November 16, 2020 at 4:23 pm

Sarawak takda terima ka bantuan ni?

Reply

Mohd Zani Zakaria November 18, 2020 at 9:05 pm

GIRO-i BSN Pendengaran oku 0350141000003537

Reply

Nurhidayah binti Rosman March 13, 2021 at 1:40 am

Maaf kenape sarawak tak ade dalam list

Reply

Aj May 8, 2021 at 11:33 am

bantuan ibu tunggal?
warga emas?
nape tidak memenuhi kriteria,
Gaji 1,500..cukup ke…pegawai2 sepatutnyer ambek tahu, jgn setaket duk opis gyg kaki!
dah la tak dapat bantuan jkm!
semua permohonon ni semata2 drama ke?!
nonsense!

Reply

Sarip June 17, 2021 at 1:02 am

comel, terbaiklah kongsi..puah cari..byk membantu

Reply

Euruthaya nasen @iruthaya nasen john June 25, 2021 at 10:23 am

I aplly jkm so three time no approved. Oku card no DE100212001453

Reply

Amirul bin azmam September 16, 2021 at 10:23 pm

Oku0610210000010

Reply

Anonymous September 16, 2021 at 10:26 pm

Ld

Reply

Amirul bin azmam September 16, 2021 at 10:30 pm

Oku ld02610210000010

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023