Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for [RASMI] Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 2022

[RASMI] Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 2022

in Berita semasa

Berita baik untuk semua ahli KWSP yang telah lama menunggu. Kerajaan harini telah mengumumkan kelulusan permohonan pengeluaran khas wang KWSP RM10,000 bagi tahun 2022.

Pengeluaran Khas KWSP RM10000

kwsp khas rm10000

Perdana Menteri, Datuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mengumumkan mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.

Setiap ahli yang layak dapat membuat pengeluaran dari RM50 sehingga RM10,000 dengan tertakluk kepada baki simpanan di Akaun 2. Sekiranya baki Akaun 2 tidak mencukupi, barulah akan menggunakan baki dari Akaun 1.

Anda boleh buat semakan akaun KWSP terlebih dahulu sebelum memohon.

Antara syarat-syarat pengeluaran yang lain adalah:

  • Terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Permohonan akan dibuka bermula pada 1 April – 30 April 2022
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja
  • Pembayaran yang lulus akan dibuat bermula pada 20 April 2022

pengeluaran khas kwsp rm10000
Selepas iSinar dan iCitra, rakyat telah mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 kerana masih ramai yang terkesan daripada pandemik ketika ini.

Dan alhamdulillah, kerajaan mendengar akan rintihan rakyat.

Mohon juga: Bantuan iFitri – Bantuan Hari Raya RM400

Cara Memohon Pengeluaran KWSP RM10,000

Permohonan adalah secara online seperti iCitra sebelum ini seperti berikut:

Update: Untuk pemilik i-Akaun KWSP, anda dah boleh mohon sekarang melalui akaun masing-masing. Untuk yang tiada, tunggu tarikh rasmi sekejap lagi.

1. Pergi ke portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP – pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

2. Ikut seperti cara-cara seperti gambar dibawah:
panduan memohon pengeluaran khas kwsp (1)

Anda boleh daftar di Grup Info Bantuan Kerajaan untuk kemaskini terkini.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023