Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop dan Internet Percuma Untuk pelajar B40 pada 30 Oktober yang lepas.
Ianya adalah salah satu inisiatif kerajaan disebabkan IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.
Bantuan Laptop & Internet Percuma B40
Bantuan Laptop dan Data Internet Percuma adalah disasarkan untuk semua pelajar universiti daripada keluarga B40 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran di rumah dengan selesa dan sempurna.
Pelajar juga boleh mohon Bantuan Smartphone Percuma B40.
Cara Memohon Bantuan Laptop Percuma B40
Untuk bantuan ini, pelajar juga tidak perlu memohon. Pihak universiti akan menghubungi pelajar yang layak.
Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak akan menerima adalah laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop.
Pelajar-pelajar ini akan mula menerima secara berperingkat bermula November 2020.
Cara Memohon Bantuan Pelan Data B40
Bagi bantuan internet percuma ini, pelajar B40 tidak perlu membuat permohonan pihak HEP universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakan.
Atau pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing.
Kepada yang layak, anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, ada juga pihak universiti yang memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai (terus ke akaun bank).
Bantuan Laptop & Internet Untuk Semua Pelajar IPT
Kepada pelajar bukan B40, jangan risau. Anda masih boleh menerima bantuan harga istimewa untuk Pelan Data dan Laptop.
Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Untuk Golongan B40 yang akan dibuka nanti.
Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop
Untuk menikmati bantuan harga laptop khas untuk pelajar IPT ini, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara online di kedai rasmi tersebut seperti dibawah:
- Acer – https://store.acer.com/en-my/promotion/students
- Samsung – https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
- Apple – https://www.apple.com/my/education/higher-education
Cara Mohon Pakej Pelan Data Pelajar
Untuk menikmati bantuan harga istimewa ini, pelajar boleh terus ke kedai telco Celcom, Maxis atau Digi berhampiran dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID pelajar.
CELCOM
MAXIS
DIGI
Jika anda ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai bantuan internet dan laptop pelajar ini, anda boleh pergi ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi.

{ 20 comments… read them below or add one }
Assalamualaikum Sy bekerja membuat rumah blh ke saya mendapatkn bantuan kewangan
Assalamualaikum saya tidak berkerja apa2 .saya suri rumah .. suami saya berkerja buat rumah sahaja … Boleh lah saya dapat bantuan.
Bantuan laptop
Saya nak laptop..saya Suri rumah..suami kerja buruh..anak 3..kalau dapat laptop boleh buat online kelas.
I doing homework house don’t have laptop…..my farther pasted? I needed laptop help me
Saya suri rumah,suami saya berkerja sebagai formen kereta, kami ada dua anak, bolehlah kami dapat laptop
puan boleh cuba mohon
Saya seorang saj berkerja. Saya ada 3 orang anak. kalau Saya dapat loptop anak Saya boleh belajar online kelas
Untk anak belaja di rumah
Saya Suri rumah suami saya kerjah buruh kami Ada dua anak bolehke kami dapat laptop
boleh cuba mohon
I want laptop my mom and dad work i not have anything
Saya suri rumah. Suami seorg je yg kerja. Anak 5 org. Boleh I dapat laptop utk anak saya supaya boleh belajar online kelas. Tq
I want laptop
Saya suri rumah.suami seorang yang kerja.Anak 4 orang. Boleh saya dapat laptop untuk anak saya supaya boleh belajar dari rumah. Sila tolong.Tq
Saya suri rumah.suami seorang yang kerja.Anak 4 orang. Boleh saya dapat laptop untuk anak saya supaya boleh belajar dari rumah. Sila tolong.Tq
saya kerja rumah orang .suami saya tidak kerja kerana sakit . Anak 5 orang. 4orang belajar boleh saya dapat laptop untuk anak saya supaya boleh belajar dari rumah .sila tolong .tq
Macam mana cara nak apply laptop percuma..
tarikh mohon last bile ye ?
Mohon Bantuan Laptop.