Kerajaan telah mengumumkan insetif bantuan one-off sebanyak RM500 pemandu e-hailing dan RM600 pemandu teksi sepenuh masa melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi meringankan beban golongan tersebut yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat untuk mengelakkan penularan virus COVID-19.
Status Pembayaran Bantuan Pemandu Teksi & Pemandu E-hailing
Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan ini tidak memerlukan sebarang borang kerana ia adalah pendaftaran automatik (lihat dibawah cara pemilihan dan permohonan dibuat).
Kini, pemandu teksi dan pemandu e-hailing (Grab, Maxim dan sebagainya) sudahpun boleh membuat semakan untuk permohonan bantuan BPN ini.
Semakan Permohonan Bantuan Pemandu Teksi Dan Pemandu Pelancong
[adspostresponsive]
[adssulvo1]
Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca kerana kerajaan memahami industri pelancongan telah terjejas teruk akibat daripada virus corona ini.
Pembayaran secara one-off sebanyak RM600 ini sudah mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar sejak 2 April 2020.
Anda boleh mula buat semakan permohonan dan kemaskini akaun anda di semakprihatin.treasury.gov.my.
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Semak‘ untuk semakan status permohonan anda.
Semakan Permohonan Bantuan Pemandu E-hailing
[adssulvo1]
Berbeza dengan bantuan pemandu teksi, bantuan e-hailing akan dibuat pada 20 April 2020 oleh E-hailing Operators (EHO) masing-masing.
Syarat kelayakan juga lebih strict tapi anda boleh membuat rayuan.
Sila rujuk disini untuk maklumat lanjut : Permohonan & Semakan Status BPN RM500 Pemandu E-hailing
[adstextapply]
Semoga dengan bantuan daripada kerajaan ini dapat membantu pemandu-pemnadu di Malaysia menghadapi musim PKP ini.
Oh ya, duit Bantuan Prihatin Nasional sudah dimasukkan ke akaun anda. Klik Cara Untuk Anda Buat Semakan Kemasukan Duit BPN Anda.
Leave a Reply to Mohd Bin Ali Cancel reply