Berita baik untuk belia, kerajaan telah mengumumkan Bantuan e-Wallet RM150 secara one-off dalam pembentangan Belanjawan 2022.
Bantuan Ewallet RM150
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengumumkan kerajaan akan memberikan Bantuan e-Wallet RM150 kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi melalui program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.
[adssulvo1]
Program ini akan dimanfaatkan memanfaatkan lebih 2 juta belia dengan peruntukan sehingga RM300 juta.
Belia yang layak akan menerima RM150 secara sekaligus ke dalam ewallet mereka.
Pemberian bantuan kepada belia dalam bentuk ewallet ini adalah untuk menggalakkan dan memupuk penggunaan belian tanpa tunai di kalangan belia lebih mudah.
Baca: Kerajaan umum Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2000
Cara Memohon Bantuan Ewallet Belia 2022
[adssulvo2]
Cara memohon bantuan ewallet ini masih belum diumumkan secara rasmi.
Sebelum ini, kerajaan mengagihkan bantuan ini melalui BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Kami akan kemaskini cara memohon di Grup Info Bantuan Kerajaan sekiranya terdapat info rasmi dari kerajaan.
Leave a Reply to Muhammad Musawwir Arqam Bin Morni Cancel reply