Bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) Dalam Negara, anda boleh memohon Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman atau BPTAR 2020.
Bantuan ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
BANTUAN PELAJARAN Tunku Abdul Rahman (BPTAR 2020)
BPTAR 2020 ini diberikan khas untuk membantu kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian di IPTA / UA terutama pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar atau golongan B40.
[adssulvo1]
Setiap pelajar yang layak menerima BPTAR ini akan menerima bantuan RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun ianya terhad untuk dimana hanya seramai 15 orang sahaja bagi setiap universiti bagi menerima bantuan ini.
Syarat Kelayakan BPTAR
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon BPTAR 2020:
[adssulvo2]
- Pemohon mestilah berwarganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah mengikuti kursus sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA.
- Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
- Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan juga layak untuk memohon.
Selain bantuan BPTAR, para pelajar juga boleh semak bantuan Kredit e-Wallet RM100 Untuk Pelajar IPTA & IPTS yang diberikan kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan kini dibuka dari sekarang sehingga 9 Disember 2020.
Pada pelajar yang berminat untuk memohon, sila download terlebih dahulu Borang Permohonan BPTAR 2020 dibawah ini:
1. Lengkapkan borang permohonan yang baru anda download tadi. Sila tulis dalam huruf besar atau ditaip.
2. Sediakan bersama dokumen berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
- Surat pengesahan majikan ibu bapa.
- Dokumen lain (sekiranya ada).
3. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen tadi melalui emel berikut:
- Universiti Malaya – [email protected]
- Universiti Sains Malaysia – [email protected]/ [email protected]
- Universiti Teknologi Malaysia – [email protected]
- Universiti Kebangsaan Malaysia – [email protected]
- Universiti Pendidikan Sultan Idris – [email protected]
- Universiti Teknologi Mara – [email protected]
4. Hantarkan permohonan anda sebelum 9 Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web YTAR iaitu www.yayasantar.org.my.
Jangan lupa kongsi permohonan bantuan ini kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang sedang belajar di IPTA.
Bagi pelajar dari Negeri Johor, anda boleh mohon bantuan tambahan iaitu Bantuan RM150 Mahasiswa Johor dari kerajaan Johor.
Leave a Reply to Muhammad shafiq Cancel reply