YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian Bantuan Wang Ihsan atau BWI sebanyak RM1000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR).
Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000
Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1000 (dari RM500) untuk setiap isi rumah rentetan daripada banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Malaysia.
Bagi kes kematian daripada kejadian ini pula, pihak keluarga akan akan menerima bantuan sebanyak RM5000 untuk setiap kematian.
Bayaran ini akan disegerakan untuk Keluarga Malaysia yang terjejas.
Syarat Kelayakan BWI
- mestilah warganegara Malaysia & mempunyai MyKad yang sah
- mestilah merupakan mangsa ketika bencana berlaku
- Mangsa mendiami atau menduduki rumah persendirian
- Berdaftar dengan maklumat lengkap menggunakan nama Ketua Isi Rumah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jpkk/ketua Komuniti di tempat masing-masing
Cara Memohon Bantuan Wang Ihsan RM1000
Permohonan hendaklah dibuat oleh Ketua Isi RUmah (KIR) secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), anda boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Manakala bagi yang tidak berpindah ke PPS, anda perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Dapatkan info bantuan terkini di Grup Info Bantuan Kerajaan.
{ 3 comments… read them below or add one }
Perak
KRI
Mahu semak bantuan wang ihsan adakah sy layak terima bantuan tersebut