bantuan banjir terengganu

Info: Bantuan Mangsa Banjir RM500

Bagi rakyat Terengganu yang menjadi mangsa banjir, anda akan menerima bantuan kecemasan mangsa banjir RM500 untuk satu keluarga.

Banir di Terengganu mencatatkan angka tertinggi untuk 2 hari lepas iaitu seramai 7927 mangsa.

Bantuan Mangsa Banjir RM500

banjir di terengganu

Jabatan Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengannu akan menghulurkan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir ini kepada ketua isi rumah yang terjejas dalam banjir.

Ketua isi rumah ini akan menerima bantuan RM500 secara one-off yang akan dibayar pada awal atau pertengahan tahun hadapan.

[adssulvo1]

Bagaimanapun, bagi ketua isi rumah di Air Putih dekat Kemaman yang terjejas akibat banjir lumpur akan menerima tambahan RM500 yang melibatkan seramai 360 orang.

Rakyat Terengganu juga boleh memohon Kad Sejahtera untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma sehingga RM500 setahun di klinik berdaftar.

Cara Memohon Bantuan Kecemasan Banjir

Untuk bantuan ini, mangsa tidak perlu memohon kerana data akan diambil daripada kerajaan negeri Terengganu.

[adssulvo2]

Mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara adalah layak untuk menerima bantuan ini.

Dan buat masa ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang mewakili kerajaan negeri dan diketuai Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman menyatakan mereka kini dalam proses akhir untuk mengemaskini data mangsa banjir yang terkesan.


Comments

2 responses to “Info: Bantuan Mangsa Banjir RM500”

  1. Kami sekeluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir

  2. Wow, marvelous blog layout! How lengthy have you been running a blog for?
    you make running a blog look easy. The full look of your
    site is magnificent, let alone the content material!
    You can see similar here sklep internetowy

Leave a Reply to elysionix.top Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *