bantuan awal sekolah murid kpm

Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100.00 Untuk Murid-murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

Setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah kerajaan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP diberikan untuk meringankan beban ibubapa/penjaga dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak terutamanya pada awal tahun bila sesi persekolahan bermula.

Setiap ibubapa/penjaga menerima bantuan RM100 secara one-off bagi seorang murid.

[adssulvo1]

Bermakna, sekiranya ibubapa mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah kerajaan, ibubapa akan menerima RM300.

KPM akan membuat pembayaran seawal 4 Januari tahun semasa secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Bantuan ini diberikan kepada anak-anak yang bersekolah kerajaan dari:

Sekolah Rendah:

  • Darjah 1
  • Darjah 2
  • Darjah 3
  • Darjah 4
  • Darjah 5
  • Darjah 6

Sekolah Menengah:

  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5

Bagi mereka yang berpindah sekolah, ibubapa hendaklah membuat permohonan baru.

Bagi warga Perak, anda juga boleh memohon Bantuan Persekolahan MAIPk dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Bagi murid negeri Johor, mereka akan akan menerima bantuan tambahan RM100 daripada kerajaan Johor.

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolah KPM

Antara syarat kelayakan lain untuk murid menerima bantuan ini adalah:

[adssulvo2]

  1. Murid mestilah seorang warganegara Malaysia (sijil lahir atau Mykad/MyKid)
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  3. Murid berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa
  4. Murid mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

Cara Memohon BAP

Ibubapa atau murid tidak perlu memohon bantuan ini kerana Pihak Sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan ini.

borang permohonan bantuan awal sekolah murid

1. Murid yang layak akan menerima Borang Permohonan Bantuan – Borang PB1 dan memberikannya kepada ibubapa/penjaga. [adstextapply]

2. Ibubapa/penjaga hendaklah melengkapkan borang permohonan tadi dan menyediakan dokumen-dokumen (perlu disahkan) diperlukan seperti sijil lahir murid, bukti pendapatan bulanan dan lain-lain lagi sebelum menghantarnya kepada pihak sekolah.

3. Wang bantuan RM100 akan diberikan secara tunai dan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sekiranya ada ibubapa merasakan anak mereka patut layak menerima bantuan ini, sila rujuk terus kepada guru kelas atau pihak sekolah.

Dan bagi ibubapa yang masih belum memohon Bantuan Telefon Percuma Pelajar, sila mohon segera untuk anak-anak anda.


Comments

4 responses to “Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100.00 Untuk Murid-murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5”

  1. MOHD ALIH BIN USMAN Avatar
    MOHD ALIH BIN USMAN

    MOHON BANTUAN 1KELUARGA 1LAPTOP

  2. Hemavathi Avatar
    Hemavathi

    Betul kah

  3. Hemavathi Avatar
    Hemavathi

    Anak sy pun minta laptop juga tapi sekarang Tak kerja

  4. sya Kartina ujarani na pohon bantuan laptop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *