Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2021 (Online & Manual)

Perhatian kepada semua ibubapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Tahun 1 pada tahun 2021 atau 2022, ibubapa dikehendaki membuat pendaftaran Murid Tahun 1 sebelum memulakan sesi persekolahan di sekolah kerajaan.

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2021/2022

Ibubapa kini sudah boleh membuat pendaftaran bagi murid Tahun 1 untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2014 dan 2015.

[adssulvo1]

Tarikh pendaftaran untuk online dibuka dari 1 Mei 2020 hingga 15 Disember 2020.

Dan sekiranya tidak berkesempatan, ibubapa masih boleh mendaftar anak ke sekolah selepas 15 Disember 2020 secara manual dengan hadir terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN.

Anak-anak yang layak didaftarkan sebagai murid tahun 1 sesi persekolahan 2021/22 adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:

  • Kemasukan sesi persekolahan tahun 2021 – 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015
  • Kemasukan sesi persekolahan tahun 2022 – 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016

Ibubapa juga yang memerlukan bantuan persekolah anak-anak, boleh mohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) RM100 – RM450 sebulan daripada JKM

Bagi rakyat Johor pula, anda boleh mohon bantuan persekolahan anak-anak RM100 setiap seorang yang diberikan kerajaan negeri.

Permohonan Secara Online

sistem pendaftaran murid tahun 1 secara online
Untuk permohonan online, ibubapa boleh membuat permohonan terus melalui Sistem Pendaftaran Murid Dalam Talian KPM (SPATKPM) di https://public.moe.gov.my. [adstextapply]

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.

[adssulvo2]

Selepas selesai mengisi borang permohonan online, sila cetak borang permohonan dan bawa bersama dokumen-dokumen diperlukan (rujuk pada Dokumen Pendaftaran Tahun 1 dibawah) ke sekolah pilihan untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.

Permohonan Secara Manual

Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon.

Atau bagi yang terlepas tarikh daftar 15 Disember 2020, ibuabapa/penjaga boleh terus hadir terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN masing-masing dengan membawa dokumen seperti dibawah ini.

Dokumen Pendaftaran Tahun 1

Antara dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh penjaga/ibubapa untuk mendaftar adalah:

  1. Sijil lahir anak (salinan + asal)
  2. Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  3. Surat nikah / cerai (salinan + asal)
  4. Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
  5. Sampul surat standard dan setem
  6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Kesemua dokumen yang hendak dihantar perlu mendapat pengesahan dahulu.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran Tahun 1 sesi persekolahan 2021 dan 2022, anda boleh terus rujuk di PPD berhampiran anda.


Comments

2 responses to “Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2021 (Online & Manual)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *