Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Tablet Android Percuma Untuk B40 2021

Permohonan Tablet Android Percuma Untuk B40 2021

in Berita semasa

Keluarga B40 & Pemohon BPN kini boleh memohon bantuan Tablet Android untuk anak-anak anda.

Permohonan Tablet Android Percuma 2021

Bantuan Tablet Android Percuma ini adalah salah satu bantuan dan keprihatinan Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Port Dickson untuk para pelajar agar tidak ketinggalan untuk mendapatkan akses pendidikan terutamanya ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara online ketika ini (PDPr).


Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android.

Bantuan ini tersedia untuk murid-murid:

  • Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Smartphone Percuma 2021 dan Bantuan Laptop Percuma 2021 daripada kerajaan.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:

  1. Terbuka kepada keluarga warga / penduduk / pengundi di Port Dickson

  2. Pendapatan keluarga dibawah B40 & Pemohon BPN
  3. Mempunyai asas dalam pengunaan komputer atau internet

Cara Memohon Bantuan Tablet Percuma

Bantuan adalah terhad dan semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar benar layak.

Kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan diatas, anda boleh memohon secara online seperti dibawah:

borang permohonan bantuan tab telefon android

1. Pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online dibawah:

2. Pilih samada anda penerima Bantuan BPN atau tidak dan klik ‘Next‘.

3. Lengkapkan Maklumat Murid dan klik ‘Next‘.

4. Lengkapkan Maklumat Keluarga dan klik ‘Sumbit‘.

5. Permohonan anda berjaya dihantar.

Diingatkan sekali lagi, anda masih boleh memohon Bantuan Smartphone Percuma 2021 dan Bantuan Laptop Percuma 2021 daripada kerajaan.

{ 12 comments… read them below or add one }

Aqif February 1, 2021 at 5:14 pm

Yang Gerik Punya Takde ke?

Reply

Rosmery February 19, 2021 at 10:29 am

Saya susah mau belajar kalau tiada telefon saya kalau mau buat kerja saya pi rumah kawan saya

Reply

Rosmery binti Abdullah February 19, 2021 at 10:31 am

Saya kesian betul kalau buat kerja on Line pi rumah kawan saya jadi saya malu kalau aku tiada telefon saya

Reply

Kamiseah bt kamis February 25, 2021 at 9:22 pm

Sy harap sngt dpt bntuan tablet ke ank sy.sbb hnset yg ade ssh nk buka youtube.link quizz.selalu je pinjm hanset org nk buka kije koloh online ni.hrp2 dpt lh.sy ibu tunggal

Reply

Nazri February 27, 2021 at 3:38 pm

Saya mahu berhubung dengan keluarga bah

Reply

Amina February 27, 2021 at 3:48 pm

Muda mudahan saya dapat bantuan b40 ni amin ya rabbil alamin

Reply

Amirrudin Bin Aman March 9, 2021 at 1:41 pm

Assalamualaikum.sy ada perluang lagi ke huntuk dapatkan talifon.

Reply

Rosnita ishak April 12, 2021 at 2:19 pm

Anak saya tak dapat tablet..die mahu guna tablet UTK belajar tapi dia tidak dapat. Bgi tablet UTK anak saya

Reply

Shree Letchumi June 3, 2021 at 5:10 pm

Anak saya mau tablet..tapi tidal dapat untuk belajar.tolong bagi tablet untuk anak saya

Reply

Thaarani October 9, 2021 at 11:56 am

Nama saya thaarani saya belajar sangat susah tak bagi bantuan telefon pun boleh bagi tablet kat saya. Umur saya 13.

Reply

Thaarani October 9, 2021 at 12:32 pm

Boleh bagi tablet kat saya. Saya tak belajar tak boleh tengok YouTube tak boleh tengok google boleh

Reply

Thaarani October 9, 2021 at 1:19 pm

Tolong bagi tablet

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023