Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post image for BKSS 6.0: Bantuan Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500 Untuk B40 Sarawak

BKSS 6.0: Bantuan Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500 Untuk B40 Sarawak

in Berita semasa

Kerajaan Sarawak hari ini (28 Mei 2021) telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 untuk Ketua Isi Rumah dan Bujang rakyat Sarawak ekoran kelanjutan daripada langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Bantuan Wang Tunai B40 BKSS 6.0


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan lanjutan Pakej BKSS 6.0 yang berjumlah sehingga RM1.4 bilion untuk rakyat Sarawak yang terkesan ketika PKP 3.0 ini.

Bantuan itu merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam jenis pemberian diskaun.

Tidak dilupakan insentif untuk rakyat B40:

  • Ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak – RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan
  • Bujang B40 Sarawak (berumur 21 tahun ke atas) – RM500 secara one-off

Baca: Bantuan Kredit eWallet RM150 bermula Jun 2021

Bantuan Isi Rumah BKSS RM250 Sebulan

bkss sarawak 6.0 - bantuan isi rumah rm230 sebulanSetiap ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak akan mendapat pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan.


Bantuan KIR ini akan dikreditkan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021.

Bantuan Bujang BKSS RM500 Sekaligus

bkss sarawak 6.0 - bantuan bujang rm500Bagi individu Bujang B40 Sarawak pula yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off.

Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bermula 31 Ogos 2021.

Cara Permohonan BKSS 6.0


Tiada permohonan perlu dibuat.

Semua data adalah diambil daripada penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima dan bagi yang tiada akaun, boleh terus menuntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Join grup Telegram Bantuan Kerajaan ini.

Anda boleh semakan kelayaka BKSS di Portal BKSS.

info bkss bujang isirumah

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Talikhidmat Online BKSS di 082-555 999.

{ 3 comments… read them below or add one }

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD ROZI May 29, 2021 at 10:33 pm

Saya ingin mermoh daftar saya adalah permohona baharu xprnh dapat lagi bantuan apa2 dari kerajaan dh berkahwin 2 tahun dh

Reply

Noorain binti samangun June 16, 2021 at 7:21 am

Alamat Kampung Pasir Putih Pasir Gudang Johor

Reply

SITIAISYAH BT ABDULLAH June 18, 2021 at 7:28 pm

Saya tinggal di kulai sekarang ta boleh buka kedai I ade kedai car wash I ade anak 4 orang suami I bukan wargenegara i na sewe kedai I na sewe rumah bantuan makanan dapat tapi sewe semua mesti na bayar macam mane na bayar tau I ssm I Hari itu na buat i kasi nombor email salah sekarang I ta boleh renew sekarang i memang peneng kepala

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2021