KWSP hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan duit simpanan dari akaun 1 KWSP sehingga RM10,000 untuk pengeluaran kali pertama melalui program i-Sinar.
Program i-Sinar ini akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Sebelum ini, dalam pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM500 sebulan dengan jumlah RM6,000 untuk 12 bulan tetapi mendapat bantahan rakyat Malaysia kerana ianya tidak mencukupi.
Dan semalam, KWSP telah membuat kenyataan baru dengan memperkenalkan program i-Sinar dimana ahli yang layak boleh membuat pengeluaran pertama RM4000 hingga RM10000 dengan syarat dibayar balik selepas keadaan pulih seperti sedia-kala.
Secara amnya, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Untuk baki RM90,000 ke bawah, ahli akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Manakala untuk ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, mereka akan mempunyai akses 10% untuk pengeluaran pertama dengan maksima RM60,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Syarat Kelayakan i-Sinar
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengeluarkan duit anda dari akaun 1 adalah:
1. Mereka yang hilang pekerjaan
2. Ahli yang diberikan cuti oleh majikan tanpa gaji
3. Ahli yang telah kehilangan sumber pendapatan.
Tarikh Permohonan iSinar
Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan hadapan iaitu Disember 2020.
Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
Untuk ahli yang masih belum membuat permohonan i-Lestari iaitu permohonan pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP, permohonan dibuka sehingga hujung tahun ini.
{ 18 comments… read them below or add one }
1367_1 kampung paya berenjut
24000 kemaman tggnu
Saya nak permonan kwsp
Bila duit i-sinar fasa 2 d keluarkan?
Saya nak permohonan kwsp
www. Jawatanmalaysia.net
Saya nak tukar kan amaun pengeluaran KWSP saya…saya nak keluar kan rm10k tapi tertekan rm5k….boleh tak tukar kan saya punya tersalah amaun…semoga dapat bantu saya…sekarang tak ada ot dh kilang harap basic sahaja ..
d’mna mahu mohon [email protected]’mna nak dapatkan link i-sinar?
Saya nak bayar rumah
Saya nak keluar I sinar kali kedua Mcm mana apply
Sy nak sambung pengeluaran 10k..bisnes pun xleh jalan..modal terbenam
Untuk buat sambongan sekolah anak saya dan untuk buat rumah
Saya MEMOHON RAYUAN agar isinar dilanjutkan
Daftarn number tel TAC DAN ID BARU
Kenapa pula kena bayar balik bila sudah kembali pulih.itu kan duit rakyat
Lagi satu ni aku menyampah sudah tengok banyak betul link tapi satu pun aku tak jumpa link pengeluaran balik2 cara semak cara daftar apa benda ni
Tolong lah wahai kerajaan dengar lah keluhan rakyat mu.pertimbangkan lah dengan ada nya Rm10,000 tu dapatlah kami jelaskan segala hutang bil apa semua tolong
Tlg sy ada utang nak bayar
Lagi sewa rumah nak bayar
Ada masala masala banyak
Saya ada banyak huntang dengan nak beli motor untuk senang pergi kerja..Harap difahami..tolong lah
Tolong difahami..ada hutang banyak