KWSP hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan duit simpanan dari akaun 1 KWSP sehingga RM10,000 untuk pengeluaran kali pertama melalui program i-Sinar.
Program i-Sinar ini akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Sebelum ini, dalam pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM500 sebulan dengan jumlah RM6,000 untuk 12 bulan tetapi mendapat bantahan rakyat Malaysia kerana ianya tidak mencukupi.
Dan semalam, KWSP telah membuat kenyataan baru dengan memperkenalkan program i-Sinar dimana ahli yang layak boleh membuat pengeluaran pertama RM4000 hingga RM10000 dengan syarat dibayar balik selepas keadaan pulih seperti sedia-kala.
[adssulvo1]
Secara amnya, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Untuk baki RM90,000 ke bawah, ahli akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
[adssulvo2]
Manakala untuk ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, mereka akan mempunyai akses 10% untuk pengeluaran pertama dengan maksima RM60,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Syarat Kelayakan i-Sinar
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengeluarkan duit anda dari akaun 1 adalah:
[adstextapply]
1. Mereka yang hilang pekerjaan
2. Ahli yang diberikan cuti oleh majikan tanpa gaji
3. Ahli yang telah kehilangan sumber pendapatan.
Tarikh Permohonan iSinar
Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan hadapan iaitu Disember 2020.
Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
Untuk ahli yang masih belum membuat permohonan i-Lestari iaitu permohonan pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP, permohonan dibuka sehingga hujung tahun ini.
Carian:
- https://jawatanmalaysia net/i-sinar-akaun-1-kwsp/
Leave a Reply to Niatdin bin Sulaiman Cancel reply