Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Pengambilan Terbuka Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat 2020

Pengambilan Terbuka Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat 2020

in Jawatan Kerajaan, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Temuduga Terbuka

Jawatankosong terkini di Angkatan Tentera Malaysia di bahagian Tentera Darat sesi 2020. Sebarang pengambilan tebaru Tentera Darat Malaysia (TDM) akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Sila bookmark portal Jawatanmalaysia.net ini untuk rujukan masa depan.

Info Pengambilan Jawatan-Kosong Tentera Darat 2020

logo-company
Tentera Darat Malaysia merupakan komponen darat dan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang disusun menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu dan juga merupakan rejimen tertua di TDM.

  • πŸ“Œ Seluruh Malaysia
  • πŸ’΅ RM1,459.00 – RM2,026.07 (gaji permulaan)
  • πŸŽ“ Terbuka
  • 🎁 Pelbagai bonus dan kemudahan disediakan spt Elaun Sara Hidup, Elaun Khidmat, Bayaran Insentif Khas, Elaun Perjalanan, Rawatan Perubatan, Peluang melanjutkan pelajaran, Kemudahan kediaman dan byk lagi

Angkatan Tentera Malaysia ingin mengalu-alukan warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon ambilan terkini di Tentera Darat Malaysia dengan pelbagai bonus dan kemudahan disediakan untuk yang terpilih.

Jawatan Gaji Tarikh Tutup
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT RM1,459.00 – RM2,026.07 (gaji permulaan) 18 Julai 2020

β€’ Permohonan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah di PUSASDA pada 26 Mac 2021.

β€’ Calon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

β€’ Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM

β€’ Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai berkebolehan seperti mewakili sukan peringkat negeri dan ke atas, berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf, penguasaan bahasa asing atau mahir berenang.

β€’ Pemilihan akan diadakan dua sesi iaitu sesi 1 – Pemilihan Awal secara online dan sesi 2 – Pemilihan Akhir untuk calon yang lulus sesi Pemilihan Awal melalui panggilan e-mail.

Mohon juga: Jawatan Kosong Kerajaan 2020

Gaji & Elaun Perajurit Muda Tentera Darat

Gaji Perajurit Muda

Ini merupakan jadual gaji permulaan bagi perajurit muda tentera darat mengikut kelayakan:

  • Perajurit Muda: RM1,459.00
  • SPM/ SVM: RM1,564.00
  • SKM: RM1,630.01 – RM1,696.02
  • STPM/ STAM (KAGAT): RM1,762.03
  • Diploma: RM1,828.04 – RM2,026.07

Elaun Perajurit Muda

Banyak elaun dan kemudahan untuk mereka yang menyertai sebagai anggota tentera darat Malaysia ini seperti:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elaun Imbuhan Perumahan
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer
  • Elaun Perjalanan
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan kediaman

Kelayakan Fizikal Pemilihan Perajurit Muda Lelaki

  • Tinggi minima 1.62m dan berat badan minima 47.5 kg
  • Lulus ujian mata kiri dan kanan
  • Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm
  • BMI: 18.0 hingga 26.9.

Mohon juga:

1.Polis Bantuan Top Glove Sdn Bhd
2.Polis Bantuan Bank Simpanan Nasional (BSN)
3.Jawatan Kosong Polis Bantuan LGMPC

Permohonan Online Tentera Darat Malaysia

1. Bagi calon yang berminat untuk berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Tanah air dan menyertai tentera darat ini, anda boleh mengisi Borang Permohonan ATM secara online melalui pautan dibawah ini:


2. Sila sediakan dokumen berikut (dokumen ini akan diupload dalam permohonan online nanti):

  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).
  • Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).
  • Gambar terkini berukuran passport.

3. Hanya calon layak dan terpilih sahaja dari Pemilihan Awal sahaja yang akan dipanggil melalui emel untuk Pemilihan Akhir.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong ATM, anda boleh bertanyakan pada bahagian Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat seperti berikut:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Tel: 03-2071 2197/3926/4254)

Β 

πŸ”” Tarikh tutup permohonan 18 Julai 2020

βœ”οΈ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.

{ 11 comments… read them below or add one }

DELLY ANAK MINGGU June 30, 2020 at 4:58 pm

Permohonan kemasukan Tentera Darat Malaysia bagi kelayakan sijil PMR

Reply

03-2071 2197 July 6, 2020 at 5:17 am

Permohonan kemasukan tentera darat malaysia

Reply

DELLY ANAK MINGGU June 30, 2020 at 5:00 pm

Permohonan kemasukan Ahli Bomba Malaysia

Reply

pravin nair July 1, 2020 at 12:03 pm

Can’t open the apply link.Please anyone help me to send the link

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 1, 2020 at 8:30 pm

line tgh hang tu

Reply

Winnie Emily anak Affendi July 8, 2020 at 4:47 pm

Pemohonan kemasukkan tentera darat

Reply

Winnie Emily Anak Affendi July 8, 2020 at 4:48 pm

pemohonan kemasukan bomba

Reply

LAU MOY NALISHA . July 9, 2020 at 6:16 pm

Pengambilan untuk wanita takde ke..?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net July 10, 2020 at 4:21 am

buat masa ini belum dibuka utk wanita

Reply

Muhammad Asri bin Arif June 8, 2021 at 11:57 pm

Saya minat dari kecil lagi

Reply

aiman July 23, 2020 at 8:29 am

lokasi pemilihan dimana

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

Β© 2005-2023