Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional atau BPN sebanyak RM1600 dan RM1000 untuk berkeluarga manakala RM800 dan RM500 diberikan kepada bujang secara one-off untuk membantu rakyat Malaysia dalam proses PKP menghadapi penularan virus COVID-19 ini.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Pertama
[adstextapply]
Walaupun pada peringkat awalnya, BPN dikatakan akan dibayar pada penghujung bulan April 2020 namun kerajaan telah mengubah keputusan untuk membuat pembayaran lebih awal. Kerajaan telah mengumumkan pembayaran BPN untuk fasa 1 telahpun dibuat pada 6 April 2020 (Isnin) secara berperingkat.
Bagi fasa pertama ini, BPN pakej PRIHATIN1 , sebanyak 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan yang berjumlah RM5.63 bilion.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar, pembayaran BPN ini akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Cara Semakan Status Kemasukan Duit BPN ke Akaun Anda
Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan status duit bantuan BPN sudah dikreditkan ke dalam akaun anda atau masih belum dibuat pembayaran.
[adspostresponsive]
[adssulvo1]
#1 Pergi ke portal semakan BPN https://bpn.hasil.gov.my dan masukkan No Mykad anda dan klik Semak.
#2 Kemudian anda akan dipaparkan status permohonan anda. Sekiranya BPN sudah dibuat pembayaran ke akaun anda, akan keluar satu button ‘Maklumat Pembayaran‘ dalam status BPN anda (rujuk gambar).
Untuk lebih jelas, kami tunjukkan gambar contoh akaun yang masih belum dibuat pembayaran dan sudah dibuat pembayaran ke akaunnya.
[adssulvo1]
#3 Klik pada ‘Maklumat Pembayaran’ dan anda dapat melihat maklumat pembayaran dibuat seperti tarikh pembayaran, jumlah,status pembayaran dan akaun bank anda.
Cara Memohon BPN dan Rayuan BPN
Sekiranya anda masih seorang yang layak tapi masih belum memohon ataupun permohonan anda gagal sebelum ini, anda bolehlah membuat permohonan dengan segera di mana-mana portal rasmi kerajaan dibawah:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN ini mula dibuka dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja.
Untuk pemandu teksi dan e-hailing, anda boleh semak permohonan anda disini Semakan Permohonan Bantuan RM600 Pemandu Teksi & RM500 Pemandu E-hailing
Sekiranya anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau pautan berikut:
Baca juga: Nestle Tawar Gaji Seumur Hidup – RM3000/sebulan
Kementerian Kewangan : 03-8882 9089/ 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)
LHDNM : 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Waktu operasi: 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)
Carian:
- bantuan prihatin BPN cara tengok status telah di ambil duit
Leave a Reply to Azwan bin kahal Cancel reply