Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Duit KWSP RM1000 Sebulan Sehingga 30 September 2021

Permohonan Duit KWSP RM1000 Sebulan Sehingga 30 September 2021

in Berita semasa

Permohonan duit KWSP RM1000 Sebulan akan ditutup pada hujung bulan ini, 30 September 2021.

Permohonan Duit KWSP RM1000 Sebulan

KWSP dan Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pengeluaran i-Citra KWSP RM5000 atau RM1000 sebulan selama 5 bulan bagi menggantikan i-Sinar dan i-Lestari yang terdahulu.


Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bagaimanapun, masih ramai ahli yang belum memohon untuk membuat pengeluaran. Oleh itu, anda dikehendaki membuat permohonan sebelum 30 September 2021.

Kegagalan anda berbuat demikian membuatkan anda tidak dapat membuat pengeluaran lagi. Untuk membuat pengeluaran, anda boleh semak baki i-Akaun KWSP masing-masing terdahulu.

permohonan icitra


Antara syarat kelayakan untuk membuat pengeluaran iCitra adalah:

  • Mestilah ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Cara Memohon

Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP di portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info bantuan terkini.

{ 1 comment… read it below or add one }

Anonymous September 28, 2021 at 9:28 pm

Dah takda duit dah nak mohon buat apa kan

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023