Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for (Terkini) Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 – Kadar Bantuan • Maklumat Pembayaran •  Cara Memohon •  Rayuan Permohonan

(Terkini) Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 – Kadar Bantuan • Maklumat Pembayaran • Cara Memohon • Rayuan Permohonan

in Berita semasa

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam LIVE Perutusan Khas ‘Kita Prihatin’ yang disiarkan di media tadi telah mengumumkankan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 untuk rakyat Malaysia.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

*Kemaskini 15 Januari 2021

pengumuman bantuan prihatin 2


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0 adalah sambungan daripada bantuan BPN yang diberikan sebelum ini yang memfokuskan kepada golongan B40 dan M40 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM7 billion melibatkan 10.6 juta penerima.

Kadar BPN 2.0 Mengikut Kategori Penerima

Kadar bantuan yang akan diberikan mengikut kategori penerima adalah:

kadar bantuan bpn 2

  • RM1000 untuk B40 isi rumah
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Baca: Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 – Bantuan RM3000 Kepada PKS

Cara Memohon Bantuan BPN 2.0

Tiada permohonan perlu dibuat. Penerima bantuan BPN sebelum ini tidak perlu membuat sebarang permohonan baru.

Kerajaan akan menyalurkan terus kepada 10.6 juta penerima bantuan BPN sebelum ini.

Hanya pemohon baru sahaja yang perlu memohon.

Baca: 24 Sebab Permohonan BPN Tidak Diluluskan.

Semakan Permohonan Bantuan Prihatin 2.0

semakan-bpn20

Bagi anda yang membuat permohonan baru atau rayuan BPN sebelum ini, anda sudah boleh membuat semakan permohonan BPN anda hari ini (15 Jan 2021) di Portal Rasmi BPN – https://bpn.hasil.gov.my.

Rujuk panduan semakan BPN 2.0.

Berikut adalah jumlah pembayaran yang anda akan terima:

Penerima BPN Sedia Ada (Fasa Kedua)


  • B40 Bujang – RM150
  • B40 Isi Rumah – RM300
  • M40 Bujang – RM100
  • M40 Isi Rumah – RM200

Manakala bagi penerima baru, anda menerima jumlah penuh dengan bayaran penuh sekaligus.

Penerima BPN 2.0 Baharu

  • B40 Bujang – RM500
  • B40 Isi Rumah – RM1000
  • M40 Bujang – RM300
  • M40 Isi Rumah – RM600

Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda yang anda daftarkan semasa memohon dan klik ‘Cari‘.

Tempoh Pembayaran

Tarikh bayaran baki BPN 2.0 2021 termasuk pemohon baru akan dibuat mulai 21 Januari 2021 secara berperingkat terus ke akaun anda.

  • Golongan akan menerima pembayaran mulai 21 Januari 2021
  • Golongan M40 akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021
  • Penerima tanpa bank akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank BSN
  • Penerima si Sabah/Sarawak tanpa akaun bank akan menerima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021

Anda boleh rujuk pada artikel Tarikh Pembayaran BPN 2.0 untuk lebih lanjut.

Permohonan BPN 2.0 Untuk Pelajar

bpn 2-0 pelajar student

Tiada permohonan yang dibuka untuk pelajar atau student sepenuh masa kerana kerajaan sudah menyalurkan bantuan melalui universiti seperti dinyatakan pada BPN 1.0 sebelum ini.

Namun begitu, para pelajar boleh mohon Bantuan Wang Ehsan ini.

*Sekiranya ada perubahan terbaru untuk pelajar, kami akan kemaskini untuk info anda.

Kerajaan berharap dengan bantuan ini, sedikit-sebanyak dapat menampung perbelanjaan sehari kehidupan rakyat Malaysia.

Semua perbelanjaan bantuan khas ‘Kita Prihatin’ ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM10 billion.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan prihatin 2.0 ini, anda tinggalkan komen dibawah.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.

Carian:
  • Bpn 2 0 info terkini
  • Bpn info

{ 74 comments… read them below or add one }

Khairul bin Harun September 23, 2020 at 4:29 pm

Bagi yg sudah khwin sbelom ni bujang bpn xde kemaskini maklumat ke?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 23, 2020 at 8:48 pm

tunggu pengumuman..mungkin bukak sekali dengan permohonan baru

Reply

Mizz Luvyia September 24, 2020 at 11:33 am

Cuba tgh page insta BROTHERHOOD JB, Tiada kemas kini.
Masih menguna kan data BPN yg terdahulu

Reply

Shafarul rizan bin Mohamad nazari November 17, 2020 at 2:27 pm

Saya sudah memohon permohonan Baru bpn 2.0 pada October lalu, tapi sampai skarang permohonan Saya hanya tulis PERMOHONAN DI Terima.. Sampai bila Saya harus tunggu

Reply

Diana September 23, 2020 at 4:31 pm

Untuk permohonan baru tiada tarikh lagi la ye?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 23, 2020 at 8:47 pm

Dah dikemaskini. Permohonan baru pada 15 Oktober ni

Reply

Mieza October 17, 2020 at 6:13 pm

Nk tnya bpn 1.0 untk b40 sy dapt rm500..tp knapa untk 2.0 sy hanya dpt rm300.sdgkn sy x buat apa2 perubahn dan still b40

Reply

Nur September 23, 2020 at 4:31 pm

Saya difahamkan BPN 2.0 diberikan mengikut data BPN 1.0. BPN 1.0 mengambil data pendapatan tahun 2019 dimana semua masih mempunyai pekerjaan dan gaji masih belum terjejas sedangkan data tahun 2020 pasti berubah ekoran kehilangan pekerjaan atau kekurangan pendapatan. Maksud di sini, mungkin ada sesetengah pihak yang bertukar dari golongan M40 ke B40. Jadi, adakah BPN 2.0 masih akan mengikut data BPN 1.0? Atau golongan terjejas boleh mengemaskini data pendapatan terbaru?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 23, 2020 at 8:47 pm

golongan M40 kena buat permohonan baru yang akan dibuka pada 15 Oktober ni

Reply

AkimZakaria September 23, 2020 at 6:49 pm

Macamana sekiranya nak tukar ke account lain? Boleh atau tidak? Terima kasih

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 23, 2020 at 8:46 pm

maksudnya?

Reply

AkimZakaria September 24, 2020 at 8:23 am

Maksudnya kalau sebelum ni bpn masuk ke cimb. Tapi nak tukar ke bank lain. Boleh ke?

Reply

Sha September 26, 2020 at 11:21 pm

Pasang yg baru kahwin … Mcm mn plk…perlu kmaskini ker

Reply

Niza September 24, 2020 at 12:33 am

Kalau janda tak de tanggungan boleh mohon bpn tak umur dlm 32

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 24, 2020 at 4:15 am

boleh

Reply

Aienazri September 23, 2020 at 7:33 pm

boleh tak kemaskini data? saya harap boleh kemaskini data sebab ada pertukaran status hm

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 23, 2020 at 8:46 pm

15 oktober baru bukak utk permohonan baru dan kemaskini

Reply

ADRYAN ABDUL MAJID September 23, 2020 at 7:41 pm

JANGAN LUPA UPDATE RM500 TAMBAH LAGI BPN2.0

Reply

Refina Jimmy September 23, 2020 at 10:25 pm

Hai boleh tanya..pasal suami saya..suami saya ni masih ada isteri sah yang masih ada surat nikah dengar isteri pertama dia..saya ni kira isteri kedua belum ada surat nikah lagi..tetapi suami saya dan isteri pertama dia sudah lama putus hubungan sudah 6tahun dia tak berhubung dengan isteri dia..tapi mereka belum cerai lagi masih ada surat nikah sampai sekarang..agak2 macam mana mahu letak status macam itu ya dalam mohon bpn 2 ni..

Reply

Mizz Luvyia September 24, 2020 at 11:36 am

Klau belum berdaftar lg, so masih gelaran Bujang coz data perkahwinan kamu xde dalam sistem Jbtan Agama

Reply

SITI NURUL FATIHAH September 24, 2020 at 12:00 am

Sebelum ini ketika BPN 1.0, saya masih internship jadi tidak lulus dan dianggap pelajar. Sekarang saya sudah selesai menghabiskan praktikal tetapi belum convocation kerana ditunda ke tahun hadapan. jadi adakah saya layak untuk mohon BPN 2.0 untuk bujang B40?

Reply

Sahlin January 19, 2021 at 1:29 pm

Mcm mane nk tukar no account yg baru….yg lame dah x aktif.. dah try follow Cara nk buka…but x jmp nk Cari paparan borang….tolong jelaskn…Cara nk tukar no account..

Reply

Raff September 24, 2020 at 12:22 am

Kalau student boleh apply jugak tak eh? Indeed student lebih banyak perlukan bantuan rather than bujang yg ada pendapatan.

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 24, 2020 at 4:16 am

student dah ada bantuan yang disalurkan melalui universiti. Blh rujuk pihak universiti masing-masing

Reply

Stanley james September 26, 2020 at 8:54 am

Kalau dah mohon bpn dulu ,,tak payah mohon lagi kah.
Kalau bsh blm saya mohon,,bpn memang akn masuk ,,?

Reply

Hashimah September 28, 2020 at 11:53 am

Saya ada mohon bpn masa pkp. Saya dpt bantuan hanya1000 dan 600 saya tidak dpt. Suami saya ada 2 isteri. Saya yg ke2. Masaalah saya saya terputus hubungan dgn suami sudah lama lebih kurang 5 thn yg lalu. Saya tdk tahu dimana suami saya brada. Yg menjadi masaalah saya. Setiap bantuan saya mohon utk saya dan anak2 tidak dapat. Hanya dia dan isteri yg pertama yang dapat bantuan. Saya rasa tidak adil. Nafkah dah la x bagi langsung. Muka sia pun x nampak. Tapi bila saya mohon bantuan saya bersama anak2 tidak. So saya harap pehak bpn bertimbang rasa. Saya ada surat nikah sah. Saya mohon sangat2 dpt bantuan yg kerajaan berikan pd semua.

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 30, 2020 at 11:55 pm

puan perlu ke mahkamah utk uruskan hal perkahwinan puan agar tidak digantung tidak bertali dan memudahkan urusan puan

Reply

Syafiq Ikhwan September 24, 2020 at 6:45 pm

sebelum ni saya menerima bantuan utk katagori pelajar, dan skrg saya dh habis belajar tetapi masih belum bekerja, adakah saya akan menerima BPN 2.0 atas katagori bujang? saya sudah 21 tahun ini

Reply

Nur Alia September 25, 2020 at 6:56 pm

Ya. Saya juga ingin bertanya soalan yang sama kerana saya baru sahaja tamat pengajian pada bulan ini.

Reply

Norfaezrah Ajis September 24, 2020 at 9:49 pm

Hai nak tnya, klau dh abis belajar thun lepas dn blum convocation, tu msih status student ker, sbb classmeet sya yg sma2″ beljr dgn sya dh dpt rm500 pda BPN 1.0, dan sya jga dh inform pihak college tmpt sya beljar, brtnyakn status sya tekini msih student atau bukn student, dn respon bgi pihak college, status sya bukn lgi student, tpi dpt BPN 1.0, rm300 shaja. Adakh prmohonan bgi BPN 2.0 ini sya lyak trima rm500. Thank You

Reply

Grace aiden September 24, 2020 at 10:45 pm

Nak tnya bleh x tukar no acc msa kemaskini nnt?

Reply

Siti September 25, 2020 at 12:34 am

Saya dah bkahwin 20 tahun
Suami saya dapat bpn utk status bujang
saya check bpn nama saya tiada daftar lagi.
Macamana yer

Reply

Ros September 25, 2020 at 7:40 am

Perlu contact siapa ya untuk tukar dah tak student, masuk nombor ic je kata student, padahal dah habis belajar. Tolonglah pihak yang berkenaan update. Atau kami perlu update atau contact mana2 pihak boleh bagitahu. Terima kasih.

Reply

Asma September 30, 2020 at 10:16 pm

Suami saya dah lama tak kemaskini bsh. Masa pkp baru dia tahu dia pernah mohon sekali masa bujang. Skrg dah kahwin, mcm mana nak kemaskini data? Sbb bpn 1.0 haritu Kami dpt jumlah yang bujang sahaja. Saya harap 2.0 kalini dapat jumlah berkahwin.

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 30, 2020 at 11:45 pm
Nazifa September 25, 2020 at 6:30 pm

Saya nak tanya kalau pelajar dikatakan tidak akan dapat bantuan 2.0 ini tetapi dalam gambar ada tulis bahawa pelajar berhak mendapat rm200. Adakah rm200 itu semasa bpn 1.0 ataupun akan dapat sewaktu bpn 2.0 skli?

Reply

NORAH September 25, 2020 at 11:47 pm

MAAF BERTANYA.
SEKIRANYA ISTERI MENERIMA BANTUAN BSH , SUAMI BOLEH MEMOHON JUGA TAK?

Reply

Rosmi bin Aris September 26, 2020 at 4:42 pm

Assalamualaikum, boleh bg penjelasan ttg bantuan utk balu dlm BPN 2.0.

Reply

Rahima bee binti Ismail September 27, 2020 at 1:46 am

belum dapat

Reply

Rahima bee binti Ismail September 27, 2020 at 1:49 am

Sya pernah daftar tapi duit x masuk pun bila duit masuk

Reply

Ruziwati Bt Marzuki September 27, 2020 at 4:25 am

BPN dapat tapi kenapa BSH tak lulus..baru tahun ni tak dapat BSH.masih boleh buat rayuan ke?

Reply

Nik Nurshazmiyra September 27, 2020 at 2:23 pm

Sebelum ini status saya adalah pelajar. tapi bulan 4 saya merupakan bujang dan bekerja. so sy kena buat rayuan bila? buat rayuan atau tidak?

Reply

Akif September 27, 2020 at 7:39 pm

Masa bpn1.0 saya fulltime student tapi sekarang dah habis belajar.. boleh mohon bpn 2.0 ke?

Reply

Juliani bte willie orow September 28, 2020 at 4:46 am

Saya ibu tunggal,tapi dlm status bpn sya penerima bujang..sedangkn sya ibu tunggal..ada perlu kemas kini atau buat permohonan baru

Reply

Zue September 28, 2020 at 9:35 am

Saya sebelum ini mendapat bantuan untuk pelajar namun saya sudah menghabiskan pengajian bulan 7 yang lalu namun masih belum bergraduasi. Sekarang saya sudah bekerja, adakah saya layak untuk memohon BPN untuk bujang?

Reply

Muhammad riduan limg September 30, 2020 at 12:18 am

Sbelum ni bpn sy masuk rhb bank ,tp acount sy sdh tup sy buka bank baru BSN ,jd bagaimana skrg ya mhu kemaskini

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 30, 2020 at 11:51 pm
Rijay September 30, 2020 at 6:46 am

Mcm mn nak update akaun bank utk bpn 2.0..

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 30, 2020 at 11:50 pm
Muhammad Fadzil Bin Mohd Noor October 3, 2020 at 8:13 am

Nak tanya ni untuk O.K.U tak adakah peruntukan?

Reply

DAYANG NORHIDAYAH October 14, 2020 at 4:53 am

Assalammualaikum .mohon mana2 bantuan yang berstatus khawin guna bocher minta isteri je boleh ambil . Status sy berkhawin tapi suami sy langsung tak bagi sy pun duit tu dari mula berkhawin sampai sekarang sy memang tak pernah pun rasa duit mana2 bantuan dari kerajaan .sangat lagi2 tengah pkp ni. nafkah sesen pun dia tak pernah bagi dr mula kawin sampai la skrg . Sy dgn suami sy tu memang tak pernah bersama .Sy ada anak yang bersekolah lagi2 pkp balik dh memang semua org perlu kan duit.

Reply

Norsaiha sauyang October 3, 2020 at 10:35 am

Mohon kerajaan longgarkan syarat umur penerima bpn 2.0 kali ini untuk kategori bujang b40..dimana bpn 1.0 hanya bujang yg berumur 21 tahun sahaja layak menerima BPN 1.0 Sedangkan ada golongan bujang umur 19 tahun selepas SPM yang baru mula bekerja di kilang² yang juga turut sama terjejas akibat pandemik covid 19 tidak layak menerima BPN 1.0 atas faktor usia belum mencapai 21 tahun..Harap BPN 2.0 kali ini pihak kerajaan membuat penilaian semula mengenai faktor usia golongan bujang b40 memandangkan mereka juga turut sama terjejas.Terima kasih.

Reply

N.Sahkinah October 8, 2020 at 1:37 am

Assalamualaikum, btw,saya ada mohon BPN tapi permohonan saya telah disekat pada penerimaan fasa ke2 sebab ada wanita lain yang telah mengguna pakai nama suami saya sebagai pasangan..dan saya telah merujuk hal tersebut d jheins dan nama tersebut tidak wujud dalam rekod perkahwinan sebagai isteri suami saya.. so,saya harap pihak yang berkenaan membatalkan nama wanita tersebut daripada mengguna pakai nama suami saya sebagai pasangan.Tidak adil untuk saya yang ada dokumen sah perkahwinan tetapi tidak mendapat bantuan dari nama suami saya lebih2 lagi saya ada anak 4 org dan status isteri sah dan pertama..macamna pulak wanita yang tidak ada surat nikah boleh lulus bantuan tersebut dengan mengguna pakai nama suami saya??. harap pihak berkenaan balas komen saya untuk tindakan selanjutnya.

Reply

Ismail Zharif October 15, 2020 at 3:56 am

Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang permohonan bagi BPN 2.0. Saya tidak layak untuk menerima BPN sebelum ni kerana saya masih dalam status ‘Pelajar’. Tapi saya sudah tamat pengajian pada bulan 7 baru ini. Adakah saya sudah layak menerima BPN 2.0, dan jika layak, bagaimana untuk mengemaskini maklumat saya pada website bpn.hasil.gov.my?

Reply

Krena October 15, 2020 at 12:14 pm

Saya penerima bpn 1.0 bujang. tetapi mengapa status saya untuk bpn 2.0 tidak layak. Bolehkah saya membuat rayuan untuk bpn 2.0???

Reply

AdminJawatanMalaysia.net October 16, 2020 at 2:36 am

boleh buat rayuan

Reply

Amir October 15, 2020 at 4:58 pm

Sy kerani kerani di sebuah company persiaran / pelancongan …sy x dpt bantuan kerana bkn pemandu bas….sy amat memerlukan bantuan UTK pelancongan

Reply

Mieza October 17, 2020 at 6:19 pm

Nk tnya bpn 1.0 untk b40 sy dapt rm500..tp knapa untk 2.0 sy hanya dpt rm300.sdgkn sy x buat apa2 perubahn dan still b40Pndptan still lg b40..mohon pencerahan..sebab sy ada anak seorang dibwah tanggungan sy yg berusia 4tahun

Reply

RICKY ANAK RINGING October 23, 2020 at 2:55 pm

Saya semak akaun cimb, saya terima rm200 je.. Bkn rm300 ke.. Bab saya golongn bujang b40..

Reply

Jannah October 24, 2020 at 3:36 pm

Saya dah pergi pejabat untuk update status saya dari bujang ke status berkawin tapi kenapa bila check online maklumat masih sama dan tiada bantuan yang masuk dalam akaun

Reply

Nabil Hannan October 27, 2020 at 9:26 am

Student yang baru masuk belajar sebelum pkpb layak ke mohon? Macam mane nk mohon? Sbb sebelum ni xde mohon x lyk

Reply

rinah binti esnain October 28, 2020 at 9:27 am

tumpang tnya bila boleh dapat no boucer saya area sandakan

Reply

Naylie November 2, 2020 at 12:22 pm

Student memang tak dapat bantuan apa” eh? Especially student borneo yang stranded. Nak mohon bantuan kita prihatin tak lepas sebab umur baru 19 tahun

Reply

Ah ling. November 16, 2020 at 11:03 pm

Kenapa i belum dapat wang yang di bagi oleh bpn sedangkan i dah diluluskan.ia hanya menulis PROSES KEMASKINI sahaja dan bilakah baru i dapat wang bpn itu???

Reply

Nur December 1, 2020 at 6:49 pm

Untuk yg Bujang Tahun 2021 Baru umur 21 bila boleh mohon ?

Reply

Anne December 10, 2020 at 8:30 pm

Hai admin, nak tanya kalau kami student yang dah habis LI ni tak dapat bantuan bpn 1.0 walaupun dah habis sekolah dan berumur 21 keatas. Kalau bantuan 2.0 ni kami ada mohon adakah kami akan diluluskan?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net December 20, 2020 at 3:59 am

tapi masih belum grad kan?

Reply

Muhammad Naserul Amri Bin Adu Hasan December 16, 2020 at 12:22 pm

Yas

Reply

Hairi khuzairi January 5, 2021 at 6:55 am

Pencerahan ya semua . Saya nak tanya apa ada jenis bantuan yg boleh saya mohon dalam masa , harap ada pendapat semuanya. Saya bujang berumur 20 , tetapi mengikut tahun saya sudah mencapai 21 dan mengikut bulan pada 17/02 lengkap umur saya 21 tahun . Ahli kwsp pendapatan dibawah rm2500 , hilang sumber pendapatan ataupun pendapatan terjejas . Mohon bantuan pendapat semuanya, susahnya mcm ni mohon itu tak boleh mohon ini tak boleh . Ketogeri bujang berumur awal 21 tapi saya mengikut tahun ya sudah tetapi bulan masih belum pada iatu pada 17 february . Mohon pencerahan semua jika ada jenis bantuan segera yg boleh saya bwt permohonan sila nyatakan ya . Terima kasih sudi membantu

Reply

Nazri January 10, 2021 at 2:56 pm

Bpn bulan 1, berape haribulan masuk?bulan 1 tahu tapi haribulan x tahu,ke 37hb?

Reply

nurul ain January 15, 2021 at 3:51 pm

bantuan wang ehsan masih dibuka ? kenapa kawan saya ada lepas utk permohonan bpn 2.0 ?

Reply

Thanes January 21, 2021 at 8:59 pm

bpn 2.0 bujang blum masuk lagi..

Reply

NUR SHAFINA January 23, 2021 at 11:40 am

Hai …. saya nak tanya sekiranya saya berkongsi account number dengan kwn saya yg tiada avcount bagaimana. tetapi di dalam sistem lulus kami berdua

Reply

TAN January 25, 2021 at 2:06 am

Bilakah tarikh permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka bagi tahun 2021?

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023