Baru-baru ini, PM telah mengumumkan sambungan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 lanjutan daripada Bantuan Prihatin Nasional 1.0 sebelum ini.
Untuk BPN 2.0 ini kerajaan akan memberikan RM300 – RM1000 kepada penerima yang layak seperti berikut:
- RM1000 untuk B40 isi rumah
- RM500 untuk B40 bujang
- RM600 untuk M40
- RM300 untuk M40 bujang
Tarikh Penting BPN 2.0 Yang Perlu Anda Ingat!
Sila pastikan anda setkan reminder untuk tarikh penting BPN 2.0 ini terutamanya tarikh untuk permohonan baru dan rayuan kerana ramai terlepas pandang tarikh tutup BPN 1.0 sebelum ini dan menyebabkan gagal mendapat bantuan BPN.
Tarikh Semakan dan Permohonan/Rayuan BPN 2.0
• Semakan Status BPN 2.0 – 15 Oktober 2020
• Permohonan Baru / Rayuan BPN 2.0 – 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020
Bagi anda yang pernah menerima Bantuan BPN 1.0 sebelum ini, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baru untuk BPN 2.0 kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun anda yang telah didaftarkan.
Manakala bagi anda yang telah bertukar status seperti Bujang / Berkahwin / Bercerai, anda perlu membuat kemaskini pada 15 Oktober 2020 nanti.
Tarikh Pembayaran BPN 2.0
Untuk BPN 2.0 ini, pembayaran ke akaun penerima akan dilakukan sebanyak 2 fasa seperti berikut:
• Fasa Pertama – Hujung Oktober 2020
• Fasa Kedua – Januari 2021
*Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan pula dibuka sepanjang tahun.
Diharapkan tiada lagi terlepas pandang tarikh penting ini terutama tarikh untuk permohonan baru dan rayuan BPN 2.0.
Sila kongsikan TARIKH PENTING ini kepada famili dan rakan-rakan anda!
{ 10 comments… read them below or add one }
Kerajaan polis di raja
Kenapa permohonan bon 2.0 Saya dibayar sebanyak rm600 bukan Rm1000?
Nak tanya … kebapa bpn 1.0 saye dapat RM 300 manakala bpn 2.0 dapat RM 300 juga ?
Assalamualaikum.nak tanya kalau baucer sdh masuk ke bsn
Macam mana nak isi borang utk pemohonan baru utk tahun 2021
Kenapa bpn 2.0 untuk B40 belum ada baucer..?
Sy nk daftar bsh ikut mcm bsn jugak ke.. tpi ble sy bt tk blh.. sbb ni kli prtma sy dpt bntuan bpn.. bsh adakah sma jugak
Nak tanya. Pembayaran bpn fasa 2 utk b40 keluarga sampai hari ni tak dapat. Dah 27/jan. Any update ?
Maaf sy nak tau kenape rayuan BPN sy tak lulus lg… Sedang kan sy dah pun buat rayuan… Satu lg isteri pertama (poligami) layak…terima batuan BPN. kalau nak kata tanggungan anak sy dua org dan masih kecil lg (1- 10thn / 2- 4thn).. Tapi Isteri pertama tanggunang dia cuma seorg dah masuk sek menengah dah. Sy mohon penjelasan pls
Kenapa sya puya bpr blm masok lgi sya mngunakan akaun bsn knapa pulak lambat sgat masok bulan ni .. Bila agak nya bpr masok akaun bsn area sarawak ye.. Lama ja tggu ni biasanya awl nYa masok ..tlg info kalu bsn miri dh masok petg ni ok..thkns u …