pembayaran bpn bsn

[Terkini] Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2 Melalui Bank BSN Sudah Dibuat. Boleh Semak Akaun BSN Anda!

Walaupun kerajaan mengumumkan tarikh pembayaran BPN 2.0 fasa 2 akan bermula pada 21 Januari 2021, namun kerajaan sudahpun membuat pembayaran kepada pemegang akaun Bank BSN.

Bank BSN Sudah Membuat Pembayaran BPN 2.0

Seperti pembayaran BPN 2.0 Fasa 1 sebelum ini, Bank BSN dilihat telah membuat pembayaran BPN 2.0 Fasa 2 lebih awal kerana bank BSN dimiliki oleh kerajaan.

[adssulvo1]

Justeru itu, pengguna yang mendaftar Bank BSN sebagai pembayaran BPN, mereka lebih awal menerima pembayaran seperti pembayaran BPN 1.0 sebelum ini.

Pembayaran BPN 2.0 oleh BSN ini akan dibuat secara berperingkat.

Dengan kata lain, mungkin ada antara anda sudahpun menerima pembayaran dan mungkin ada yang delay sedikit. So diharapkan anda bersabar ye.

Ramai pemilik akaun BSN mengatakan sudah menerima pembayaran BPN Fasa 2 ini.

pembayaran bpn bank simpanan nasional[adssulvo2]

duit bpn dah masuk untuk bank bsn

Bagi yang ada akaun BSN Online, anda boleh buat semakan secara online sahaja.

Tidak ada SMS yang akan diberikan sekiranya duit sudah dimasukkan ke BSN.

Untuk pemegang akaun selain BSN, tarikh pembayaran fasa 2 akan bermula pada 21 Januari 2021.

Baca: Jawatan Kosong Bank Simpanan Nasional (BSN) 2020

Pembayaran Manual Melalui BSN

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh mengambil secara tunai di semua cawangan BSN berhampiran bermula pada *tarikh belum diumumkan ini. [adstextapply]

Dapatkan nombor baucer tunai untuk menebus BPN nanti.

Anda boleh buat semakan BPN 2.0 terlebih dahulu untuk memastikan status permohonan anda.

Tahniah buat mereka yang sudah mendapat duit BPN 2.0 lebih awal yang dimasukkan ke akaun BSN anda.

Semoga anda dapat berjimat-cermat dan menggunakan dengan berhemah.


Comments

4 responses to “[Terkini] Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2 Melalui Bank BSN Sudah Dibuat. Boleh Semak Akaun BSN Anda!”

  1. Truskan update khabar yang baru..

  2. Yogeswari Avatar
    Yogeswari

    No

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *