Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 PENJANA

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 PENJANA

in Berita semasa

Berita baik untuk ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh membuat permohonan Bantuan Ibu Tunggal atau BKIT sebanyak RM300 secara one-off.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA) pada 5 Jun lalu.

Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) PENJANA

bantuan-ibu-tunggal-penjana


Pemberian Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) ini adalah untuk membantu ibu tunggal meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Permohonan BKIT telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2020 bagi memberi peluang lebih ramai ibu tunggal memohon.

Baca: Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 RM300-RM1000

Dan bagi ibu tunggal yang layak, pemberian bantuan sebanyak RM300 secara one-off ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).

Syarat Kelayakan Bantuan BKIT

Melalui KPWKM, maksud ibu tunggal adalah Perempuan yang berwarganegara Malaysia yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti berikut:

1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.


2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.

3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak samaada anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Sekiranya anda memiliki salah satu ciri dan kriteria di atas, anda layak untuk memohon bantuan ibutunggal RM300 ini.

Bagi anda yang memiliki perniagaan kecil-kecilan, anda boleh mohon bantuan Geran Khas Prihatin RM3000 ini secara one-off.

Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal RM300

Terdapat 2 cara memohon bantuan ini iaitu secara online dan juga secara manual (perlu hantar sendiri borang di Pejabat).

Permohonan Secara Online

Berikut adalah cara-cara memohon secara online:

permohonan bantuan ibu tunggal online

1. Layari Portal Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) – http://jpw.gov.my/bkit.


2. Pilih Negeri dan isi maklumat yang diperlukan.

3. Sertakan bersama dokumen sokongan yang telah disahkan(anda perlu scan dan upload dokumen tersebut).

Permohonan Secara Manual

Untuk mereka yang mempunyai masalah capaian internet untuk memohon secara online, anda boleh ikut panduan ini:

1. Dapatkan borang BKIT. Anda boleh download Borang Bantuan Ibu Tunggal dibawah ini:

2. Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

3. Sertakan bersama salinan dokumen sokongan yang telah disahkan.

4. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama salinan dokumen sokongan kepada Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.

Boleh rujuk alamat pejabat negeri masing-masing disini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03 – 8000 8000 atau Email : [email protected].

Diingatkan sekali lagi tarikh akhir untuk memohon adalah pada 31 Oktober 2020. Diharapkan anda boleh segera memohon tanpa berlengah.

Dan jangan lupa #share info ini kepada rakan dan famili anda yang memerlukan. Semoga ianya dapat membantu mereka dalam menghadapi covid ini.

{ 17 comments… read them below or add one }

Nur syahirah binti abdullah October 30, 2020 at 11:07 am

Nursyahirah

Reply

Raja Syamsina Raja Yahya November 1, 2020 at 12:55 am

Permohoan borang ibu tunggal baru saya selesai hari ini. internet tidak berape bagus…

Reply

ROSEZANAH BT RASOL November 13, 2021 at 4:53 pm

Sy ibu tungal dh Cuba apply di bajgian BANTUAN ibu tungal tp bole nk buka talian utk memohon .ad siapa2 tlg bgi Tau cara2

Reply

ARANAHIE BINTI SURAIL November 1, 2020 at 7:13 pm

Kampung sarikan nabawan sabah

Reply

THAMJIANSHEN June 11, 2021 at 9:36 am

dapat duit bantuan single JKM

Reply

ARANAHIE BINTI SURAIL November 1, 2020 at 7:17 pm

Permohonan borang ibu tunggal,,saya inggin bermohon borang ini,,kampung saya susah ada line

Reply

salbiah binti busri November 8, 2020 at 4:11 pm

saya ibu tungal dah buat bnyak kali rayuan pmohonan kewangan sbanyak 300 masa raya tapi saya blum dapat

Reply

Nor Faradella July 8, 2021 at 1:59 pm

Nak tanya duit ini bila masuk dalam akaun

Reply

Laisie binti soungin November 9, 2020 at 3:26 am

Saya sudah cuba isi borang ibu tunggal online sebelum tarikh tutup.tpi permohonan sya tidak di terima

Reply

karen January 20, 2021 at 12:53 pm

i ibu tunggal i mahu apply bantuan khas macam mana apply

Reply

Harisun hamzah January 21, 2021 at 11:31 pm

Da berape lame aply bantuan ibu tunggal smpy sekarang xdpt dn x dnga berite langsung..sye memerlukn menunggu mcm buah xjatuh

Reply

Usha a/p k. Raman January 24, 2021 at 5:36 pm

I memg da aply 2021 tapi reply dia sudah tamat. Saya ibu tungal anak 2.beri la peluang

Reply

Nur nasreen bt zulkifli January 25, 2021 at 10:36 am

Saya ibu tuggal ada anak sorang cuba memomohon jugak tp tak dapat.permohonan tamat macamana caranya .mohon bantu

Reply

ROSLIN BINTI REBIN February 23, 2021 at 9:24 pm

Saya dari bulan9 2020 lagi daftar di tolak…Boleh bagi sebap…Mahu kepastiaan cek komputer..2013 single mother…Sekarang 2021..Cek nama saya kalau ada tersenarai bantuan ibu tunggal…Saya usaha sendiri tanpa mengharap..Tapi sebap covid saya apply dengan harapan dapat membantu tq jkm…Salute atas usaha anda membantu ibu tunggal

Reply

Renuka asogan May 10, 2021 at 6:36 pm

Kenapa Saya tiada berlulus Kan tahun in ya Sr…?

Reply

Shasha November 2, 2021 at 10:10 pm

Saya dah mohon tapi dah lulus kenapa sampai sekarang tak dapat bantuan 300 one off tuu…???

Reply

ROSEZANAH BT RASOL November 13, 2021 at 4:58 pm

Sy ibu tungal dh Cuba apply di bajgian BANTUAN ibu tungal tp bole nk buka talian utk memohon .ad siapa2 tlg bgi Tau cara2

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023