Berita baik untuk ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh membuat permohonan Bantuan Ibu Tunggal atau BKIT sebanyak RM300 secara one-off.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA) pada 5 Jun lalu.
Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) PENJANA
[adssulvo1]
Pemberian Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) ini adalah untuk membantu ibu tunggal meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Permohonan BKIT telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2020 bagi memberi peluang lebih ramai ibu tunggal memohon.
Baca: Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 RM300-RM1000
Dan bagi ibu tunggal yang layak, pemberian bantuan sebanyak RM300 secara one-off ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).
Syarat Kelayakan Bantuan BKIT
Melalui KPWKM, maksud ibu tunggal adalah Perempuan yang berwarganegara Malaysia yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti berikut:
1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
[adssulvo2]
2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak samaada anak angkat atau anak tidak sah taraf.
Sekiranya anda memiliki salah satu ciri dan kriteria di atas, anda layak untuk memohon bantuan ibutunggal RM300 ini.
Bagi anda yang memiliki perniagaan kecil-kecilan, anda boleh mohon bantuan Geran Khas Prihatin RM3000 ini secara one-off.
Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal RM300
Terdapat 2 cara memohon bantuan ini iaitu secara online dan juga secara manual (perlu hantar sendiri borang di Pejabat).
Permohonan Secara Online
Berikut adalah cara-cara memohon secara online:
1. Layari Portal Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) – http://jpw.gov.my/bkit.
[adssulvo3]
2. Pilih Negeri dan isi maklumat yang diperlukan.
3. Sertakan bersama dokumen sokongan yang telah disahkan(anda perlu scan dan upload dokumen tersebut).
Permohonan Secara Manual
Untuk mereka yang mempunyai masalah capaian internet untuk memohon secara online, anda boleh ikut panduan ini:
1. Dapatkan borang BKIT. Anda boleh download Borang Bantuan Ibu Tunggal dibawah ini:
2. Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
3. Sertakan bersama salinan dokumen sokongan yang telah disahkan.
4. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama salinan dokumen sokongan kepada Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.
Boleh rujuk alamat pejabat negeri masing-masing disini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03 – 8000 8000 atau Email : [email protected].
Diingatkan sekali lagi tarikh akhir untuk memohon adalah pada 31 Oktober 2020. Diharapkan anda boleh segera memohon tanpa berlengah.
Dan jangan lupa #share info ini kepada rakan dan famili anda yang memerlukan. Semoga ianya dapat membantu mereka dalam menghadapi covid ini.
Leave a Reply to SamuelReigh Cancel reply