Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk

Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk

in Berita semasa

Kepada ibubapa dan penjaga yang memerlukan bantuan persekolahan anak-anak kini boleh memohon Bantuan Persekolahan sesi 2021 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Bantuan Persekolahan MAIPk

skim-bantuan-persekolahan-2021

Bantuan Persekolahan MAIPk adalah bantuan untuk mereka yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin.

Diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna dan tidak tercicir dalam pendidikan. Dan seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.


Permohonan ini hanya melibatkan:

  1. Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2021
  2. Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2021
  3. Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Ibubapa dan penjaga kini boleh membuat permohonan dari 15 Disember 2020 sehingga 31 Januari 2021.

Untuk anak-anak sekolah menengah tingkatan 4 dan 5, ibubapa boleh mohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2021.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:


  • Pemohon / Penerima beragama Islam
  • Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)
  • Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
  • Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi

Cara Memohon Bantuan Persekolahan MAIPk

Ibubapa / penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak.

alamat pejabat maipk perak

Dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat tersebut.

Diingatkan sekali lagi tarikh akhir untuk memohon adalah 31 Januari 2021.

Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon dan internet percuma untuk anak-anak anda.

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan mengenai bantuan ini, boleh terus bertanyakan di FB rasmi MAIPk.

{ 20 comments… read them below or add one }

Abdul Salleh bin mawallil December 18, 2020 at 7:40 pm

Saya ingin mohon bantuan tu sekolah anak saya 2021
Siti nur Azirah tingkatan 5 tahun 2022
Muhammad Aiman tingkatan 2 2021

Reply

AdminJawatanMalaysia.net December 20, 2020 at 3:51 am

Boleh mohon ikut panduan cara memohon diatas

Reply

Noraini mat jali December 23, 2020 at 7:13 am

Noraini

Reply

Zera December 24, 2020 at 5:26 am

Saya memerlukan bantuan persekolahan 2021 untuk anak2 saya.tingkatan 1 dan darjah 5…saya tiada punca pendapatan tetap.

Reply

AdminJawatanMalaysia.net December 29, 2020 at 9:41 pm
Hamisah binti Abdul Razak December 26, 2020 at 6:07 am

Saya ingin memohon bantuan persekolahan anak saya darjah 2.

Reply

Nor hasnizah binti jamil December 31, 2020 at 10:33 am

Saya ingin mo hhon bsntuan skolah anak saya darjah satu dgn darjah 3

Reply

Norazah binti Abdul Azib December 31, 2020 at 3:03 pm

Saya seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pembantu gerai minuman. Saya ingin memohon bantuan persekolahan untuk anak saya, darjah 2

Reply

nurul shuhada idris December 31, 2020 at 4:51 pm

Sy memerlukan bantuan pakaian skolah utk ank thn 1, 2, 4 dan tingkatan 1.

Reply

Rosiah Binti Ahmad January 5, 2021 at 2:11 am

Saya ada dua orang anak yang yang bersekolah.Tahun 6 dan tahun 4.Saya amat memerlukan bantuan untuk ank-anak2 saya..kalau dapat salah seorang pun tak apa dah..

Reply

R.Chantira Mathy A/P Raja Gopal December 31, 2020 at 8:03 pm

Saya perlukan bantuan sekolah, pakaian sekolah untuk anak saya Tahun 1 & tahun 4

Reply

Fauziah bt Mohd Nor January 1, 2021 at 4:54 pm

Saya ingin mohon bantuan persekolahan untuk 4orang anak saya norafisha ,Nuraina Safiah ,Nuraina wafa dan Muhammad Furqan khosyi yang 100.00 tu

Reply

Rosnawati binti badul kadir January 2, 2021 at 10:13 am

Sy ibu tunggal mempunyai tagunggan 4org ank yg masih sekolah. Sy dh byk tempat mohon bantuan sekolah tp xde pn. Sy bekerja sebagai pembantu warong dgn pendapatan x tetap..sy harap pihak tuan puan dpt pertimbangkn

Reply

NOORasikin January 3, 2021 at 4:56 pm

Sy perlukan bantuan sek sy ada 5 org 3 org sek 2 org msih kecil abah depa plk sakit akibat jatuh pokok kelapa patah tualng rusuk…sy amat perlukan bantuan sek utk ank2

Reply

siti nafsiah January 4, 2021 at 9:04 am

saya ingin mohon bantuan untuk 2 anak saya..harap pemohonan lulus

Reply

Nor azlin binti m ghazali January 13, 2021 at 9:17 am

Sy memerlukan bantuan utk anak bsklh, hrp permohonan ini lulus..

Reply

Noraini Binti Sharif January 16, 2021 at 12:07 pm

Saya ibu tunggal ingin memohon bantuan persekolahan utk ank tingkt 3 dan 5..niaga kecil2an dari rumah.

Reply

Norlinah Ahmad January 20, 2021 at 3:13 am

Saya ibu tunggal..hilang pekerjaan sejak awal pkp…memerlukan bantuan persekolahan utk ank² saya tingkatan 2 dan 5..

Reply

AdminJawatanMalaysia.net January 20, 2021 at 8:40 am

boleh cuba jika memenuhi kelayakan

Reply

Theva Malar January 24, 2021 at 3:08 pm

Saya ibu tunggal. Saya ada 6orang anak yang masih sekolah. Satu anak masih kecil.Saya memperlukan bantuan.Saya orang penyakit.Saya dah hilang kerja…..

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023