Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Skim Khairat Kematian BSH RM1000

Skim Khairat Kematian BSH RM1000

in Berita semasa

Ramai yang masih belum tahu kewujudan Skim Khairat Kematian (SKK) yang diperkenalkan kerajaan dibawah skim Bantuan Sara Hidup (BSH).

Skim Khairat Kematian BSH RM1000

Skim Khairat Kematian adalah skim yang menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 khusus untuk penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.


Oleh itu, setiap pemohon BSH perlu mengisi pada ruangan Bahagian Maklumat Waris supaya tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana hanya waris berdaftar sahaja boleh menuntut skim khairat BSH ini.

Antara individu yang layak menjadi senarai waris penama BSH adalah:

  1. Ibu
  2. Bapa
  3. Pasangan
  4. Anak
  5. Adik-Beradik
  6. Cucu

Waris akan menerima bantuan RM1000 yang dibayar sekaligus.

Penerima Skim Khairat Kematian ini adalah hanya untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja.

Baca: Dapatkan bantuan persekolahan 2021 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Dokumen Sokongan Skim Khairat BSH

Untuk membuat tuntutan, waris wajib membawa dokumen-dokumen berikut:


Cara Membuat Tuntutan

  1. Hanya waris yang berdaftar dan sah sahaja yang boleh membuat tuntutan SKK ini
  2. Waris perlu hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama dokumen-dokumen sokongan yang lengkap
  3. Sekiranya tiada sebarang masalah dengan dokumen sokongan, pemberian khairat kematian RM 1,000 akan diberikan kepada waris
  1. Sekiranya waris berdaftar telah meninggal dunia, waris lain perlu membuat permohonan dengan mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-20)
  2. Sekiranya waris menghadapi kesukaran untuk datang ke Bank Simpanan Nasional atas sebab – sebab tertentu, waris boleh memberi keizinan kepada waris baru dengan mengemukakan surat keizinan pertukaran waris dari waris asal

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai bantuan Khairat Kematian BSH ini, anda boleh terus menghubungi Hotline BSH LHDNM di talian 1800 88 2747.

Carian:
  • khairat kematian bpn 2021

{ 15 comments… read them below or add one }

Saiful fitri December 29, 2020 at 8:25 pm

Penama waris

Reply

SHARON HASRINAH ANAK SUJAR December 29, 2020 at 8:28 pm

Kalau pewaris yang meninggal boleh dpat juga kh. Bsh sebelum ni. Atas nama sya. Pewaris arwah suami. Boleh kah

Reply

AdminJawatanMalaysia.net December 29, 2020 at 9:38 pm

tidak..hanya penerima sahaja

Reply

Kamariah Binti sidek October 5, 2021 at 11:46 am

Blh ke sy mendpt.bantuan diatas kematian suami slps covid

Reply

Annie December 30, 2020 at 7:14 pm

Terus ke Bank Simpanan Nasional? Atau mahu isi borang dulu?

Reply

Hasyimah binti ali January 24, 2021 at 7:59 pm

Kemaskini

Reply

Mohammad farid bin ruslan April 19, 2021 at 12:52 pm

Sdah ada ke

Reply

Shahida Azhar June 21, 2021 at 11:29 am

bolehkan saya menuntut khairat kematian nenek saya yg meninggal pada bulan 5/2021.

Reply

Zainal Abidin Bin Mohd Zain June 25, 2021 at 7:45 pm

Bolehkah digunakan surat pengesahan Kematian dari hospital bagi menggantikan Sijil Kematian dari JPN

Reply

Syed loqman June 29, 2021 at 11:37 pm

Macam mana nak daftar yg 800 ye..yang tidak berkerja

Reply

Thian YJ August 1, 2021 at 1:05 pm

Skim ini masih ada semasa tahun 2021?

Reply

WILSON RAYMOUND ANAK NOEL September 30, 2021 at 5:07 am

Boleh ke saya nak tuntut khairat kematian nenek saya yang meninggal pada 26HB. DISEMBER 2015

Reply

Adnan bin Shaari drp December 28, 2021 at 8:16 pm

Boleh ke buat tuntutan Skim Khairat kematian BSH untuk emak saya yang meninggal pada 19.12.2021

Reply

Selamah jabih January 18, 2022 at 2:47 am

ibu merupakan oku pglihatan,
Bapa tiri meninggal pd 7/4/2021. Msih blh ke ibu menuntut bantuan khairat kematian tu? Sbb2 kelewatan memohon disbabkan , pkpd dan kaurintin covid ..

Reply

Mohd shahrin Hj jaafar April 15, 2022 at 7:10 pm

Assalammualaikum.nk bertya tentang skim khairat kematian.emak sya meningal 5.8.2021 arwah warga emas 79thun usia mningal.arwah penerima brim bsh.waris boleh ke tuntut utk.skim khairat kematian

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023