kwsp-ilestari (1)

Cara Memohon & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan

Pengeluaran i-Lestari telah diperkenalkan KWSP untuk membantu mengurangkan beban ahli KWSP ketika Covid-19 ini sebanyak RM500 setiap bulan.

Permohonan i-Lestari KWSP RM500 sebulan

kwsp-ilestari (1)Ahli boleh membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksima RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakhluk kepada baki.

Dan pengeluaran i-Lestari adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya.

Ahli akan menerima wang tersebut bermula bulan depan dari tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.

[adssulvo1]

Contoh 1: Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

Contoh 2: Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

Bagi Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, Ahli tidak layak memohon pengeluaran iLestari ini kerana telah layak untuk membuat Pengeluaran Umur 55 tahun.

Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran iLestari ini secara online, emel atau pos.

Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula 21 Disember 2020.

Permohonan melalui Portal i-Lestari Online

borang permohonan ilestari kwsp online1. Pergi ke Portal iLestari di https://ilestari.kwsp.gov.my dan klik pada Permohonan Baru.

2. Masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.

3. Pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.

[adssulvo2]

4. Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.

5. Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.

6. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.

Baca: Jaringan PRIHATIN: Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Untuk Golongan B40

Permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP

Untuk menggunakan cara ini, ahli dikehendaki memiliki i-Akaun KWSP.

1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

2. Pilih Tab Pengeluaran

3. Klik e-Pengeluaran

4. Klik Permohonan Baru

5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Permohonan Secara Manual (Pos)

Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran melalui pos.

1. Muat turun Borang Permohonan i-Lestari terlebih dahulu.

[adstextapply]

2. Lengkapkan borang berserta tandatangan atau cap ibu jari kiri atau kanan

3. Sertakan bersama dokumen berikut:

  • Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas
  • Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
  • Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF

4. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen tadi kepada:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari)

SEMAKAN PERMOHONAN ILESTARI

Ahli boleh terus membuat semakan permohonan selepas 2 hari dari terikh memohon.

1. Ahli boleh membuat semakan di Portal Semakan i-Lestari KWSP.

2. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.

3. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Semakan Pembayaran

Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun.

Bagi yang mendaftar menggunakan e-Pengeluaran, ahli boleh login ke i-Akaun untuk membuat semakan bayaran.

Sekiaranya ahli tidak menerima apa-apa bayaran pada bulan itu, sila hubungi hotline KWSP 03 8922 6000.


Comments

3 responses to “Cara Memohon & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan”

  1. […] bagi yang masih belum memohon i-Lestari, permohonan i-Lestari RM500 sebulan masih lagi […]

  2. […] iLestari, KWSP telah membuka permohonan pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 dari akaun 1 melalui […]

  3. Wow, amazing weblog structure! How long have you ever been running a blog for?
    you made running a blog glance easy. The total glance of your site is magnificent,
    as well as the content material! You can see similar here sklep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *