Keluarga B40 & Pemohon BPN kini boleh memohon bantuan Tablet Android untuk anak-anak anda.
Permohonan Tablet Android Percuma 2021
Bantuan Tablet Android Percuma ini adalah salah satu bantuan dan keprihatinan Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Port Dickson untuk para pelajar agar tidak ketinggalan untuk mendapatkan akses pendidikan terutamanya ketika sesi pembelajaran daripada rumah secara online ketika ini (PDPr).
[adssulvo1]
Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima Android Tab atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android.
Bantuan ini tersedia untuk murid-murid:
- Darjah 1 hingga Darjah 6
- Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Smartphone Percuma 2021 dan Bantuan Laptop Percuma 2021 daripada kerajaan.
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Terbuka kepada keluarga warga / penduduk / pengundi di Port Dickson
- Pendapatan keluarga dibawah B40 & Pemohon BPN
- Mempunyai asas dalam pengunaan komputer atau internet
[adssulvo2]
Cara Memohon Bantuan Tablet Percuma
Bantuan adalah terhad dan semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar benar layak.
Kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan diatas, anda boleh memohon secara online seperti dibawah:
1. Pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online dibawah:
2. Pilih samada anda penerima Bantuan BPN atau tidak dan klik ‘Next‘.
3. Lengkapkan Maklumat Murid dan klik ‘Next‘.
4. Lengkapkan Maklumat Keluarga dan klik ‘Sumbit‘.
5. Permohonan anda berjaya dihantar.
Diingatkan sekali lagi, anda masih boleh memohon Bantuan Smartphone Percuma 2021 dan Bantuan Laptop Percuma 2021 daripada kerajaan.
Leave a Reply to bonificación de registro en Binance Cancel reply