Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah menyambung bantuan zakat Prihatin 3.0 untuk mereka yang terjejas pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Zakat Kecemasan MAIWP RM500
MAIWP mengumumkan individu yang terjejas ketika ini boleh memohon bantuan kecemasan RM500.
MAIWP telah meperuntukkan sehingga RM9.5 juta untuk Bantuan Zakat Kecemasan kepada golongan yang memerlukan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini..
Syarat Kelayakan Bantuan MAIWSP
Bantuan ini layak dipohon oleh:
- Pemandu teksi/ e-hailing
- Pengawal keselamatan
- Peniaga-peniaga kecil
- Mereka yang hilang pekerjaan akibat Covid-19
- Lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid-19
Manakala syarat kelayakan utama yang ditetapkan adalah:
1. Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
2. Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
Baca: Permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan
Cara Memohon
Mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan melaui Sistem Permohonan ez-Zakat secara online dibawah:
Bagi permohonan baru, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun dahulu.
Permohonan bantuan ini akan dibuka dari 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.
MAIWP akan mula menyalurkan bantuan RM500 ini sebelum 31 Disember 2020 kepada mereka yang layak.
Untuk sebarang bantuan dan info, anda boleh menghubungi MAIWP di Facebook Baitulmal MAIWP atau hubungi nombor berikut:
012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)
{ 2 comments… read them below or add one }
Semakan bantuan pemandu e hailing
Pemandu E-hailing sepenuh masa.