Atas dasar keprihatinan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah membuka Permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 untuk mereka yang terjejas pendapatan ketika PKP 3.0 ini.
Zakat Kecemasan MAIWP RM500
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baru Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0.
B40 yang layak akan menerima bantuan kecemasan RM500.
Permohonan dibuka bermula 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
[adssulvo1]
Bagi Penerima Bantuan Kecemasan Zakat 2.0 sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan baru kerana automatik layak untuk menerima RM500. Bantuan ini akan mula disalurkan kepada penerima lama secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.
Penerima bantuan Kasih Asnaf 3.0 juga layak secara automatik.
Untuk negeri lain, anda boleh rujuk senarai Bantuan Kecemasan Zakat PKP 3.0 untuk negeri anda.
Syarat Kelayakan Bantuan MAIWSP
[adssulvo2]
Bantuan ini layak dipohon oleh:
- Golongan B40 yg terjejas pendapatan
- Mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP & Bantuan Kecemawasan Covid-19 2.0
Baca: Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 RM1000 Sebulan
Cara Memohon
Mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan melaui Sistem Permohonan ez-Zakat secara online dibawah:
Bagi permohonan baru, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun dahulu.
Permohonan bantuan ini akan dibuka dari 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
MAIWP akan mula menyalurkan bantuan RM500 secara berperingkat kepada mereka yang layak.
Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini.
Untuk sebarang bantuan dan info, anda boleh menghubungi MAIWP di Facebook Baitulmal MAIWP atau hubungi nombor berikut:
012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
013 – 8516066 (Labuan)
Leave a Reply to Permohonan Bantuan Zakat PKP 3.0 (Semua Negeri) Cancel reply